Thursday, March 25, 2010

JIHAD DAN KEUTAMAAN








أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ .

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ .

Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

( At-taubah 19-20 )

Dalam menghuraikan ayat ini saya mengingatkan ikhwan-ikhwan yang tercinta dengan apa yang dikatakan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah: “Sesugguhnya syaitan ingin mengalahkan seseorang hamba dengan salah satu daripada tujuh rintangan; yang ke enam adalah: rintangan dengan beramal dengan amalan yang kurang utama. Syaitan memerintahkan untuk melakukannya dan menjadikannya bagus di matanya serta menghiasi amalan tersebut untuknya, dan dia memperlihatkan pelbagai keutamaan dan keuntungan yang ada pada amalan tersebut, supaya hamba tadi menyibukkan diri dengannya daripada amalan yang lebih utama darinya, dan yang lebih besar pendapatan dan keuntungannya. Ini kerana syaitan tidak mampu untuk menghalanginya dari mendapatkan pahala secara keseluruhan, maka dia bertekad untuk menghalanginya daripada mendapatkan keutamaan yang sempurna dan darjat yang tinggi. lalu dia menyibukkan hamba tadi dengan sesuatu yang kurang utama daripada amalan-amalan yang lebih utama, dan dengan amalan yang kurang besar daripada amalan yang lebih besar, dengan amalan yang dicintai oleh Allah daripada amalan yang sangat dicintai oleh Allah, serta dengan amalan yang diredoi oleh Allah daripada amalan yang sangat diredoi oleh Allah.”[1]

Ayat ini jelas menerangkan kelebihan jihad di jalan Allah Swt, lebih besar bagi orang yang beriman daripada memakmurkan masjid Allah. Didalam kitab An-Nihayah Wal Khulasah Imam Al-Syahid Abdullah Azzam, menukilkan apa yang dikatakan oleh ‘Abdullah Ibnul Mubaarok. Suatu ketika beliau mengirimkan surat kepada Al Fudoil bin ‘Iyaadl yang berada di dua Masjidil Haram, yang berbunyi :

يَاعَابِدَ الْحَرَمَيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَا

لَعَلِمْتَ أَنَّكَ بِالْعِبَادَةِ تَلْعَبُ

مَنْ كآَنَ يَخْضِبُ خَدَّهُ بِدُمُوعِهِ

فَنُحُورُنَا بِدِمَائِنَا تَتَخَضَّبُ

Wahai orang yang beribadah di dua masjid haram, seandainya engkau melihat kami …

Tentu engkau akan tahu bahwa engkau beribadah itu hanya bermain-main …

Kalau orang pipinya berlinangan air mata …

Maka sesungguhnya leher kami berlumuran dengan darah …

Itulah pendapat seorang ahli faqih, hadith, mujtahid dan mujahid Abdullah Ibnul Mubarak terhadap mereka yang tidak duduk di masjidil haram yang pada masa yang sama umat Islam diperlekeh dan dihina. Darah mereka tersimbah ke bumi disebabkan kekejaman musuh agama.

Abdullah Bin Azzam berpendapat “…. itu adalah bermain- main dengan Diin (Agama) Allah ….. “.




[1] Madarijus Salikin I / 255.



Monday, March 22, 2010

BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM



Bekerja dengan majikan bukan Islam dibolehkan, sila lihat kepada Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Al-Salih ibn 'Utsaimin dari buku Majmu' fatwanya :


ننصح هذا الأخ الذي يعمل مع الكفار أن يطلب عملاً ليس فيه أحد من أعداء الله ورسوله ممن يدينون بغير الإسلام ، فإن تيسر : فهذا هو الذي ينبغي ، وإن لم يتيسر فلا حرج عليه لأنه في عمله وهم في علمهم ، ولكن بشرط أن لا يكون في قلبه مودة لهم ومحبة وموالاة ، وأن يلتزم ما جاء به الشرع فيما يتعلق بالسلام عليهم ورد السلام ونحو ذلك ، وكذلك أيضاً لا يشيّع جنائزهم ، ولا يحضرها ، ولا يشهد أعيادهم ، ولا يهنئهم بها.


"Kami menasihat saudara-saudara yang bekerja dengan orang-orang kafir untuk mencari kerja dimana tiada musuh-musuh Allah dan Rasulnya, yang menganut agama selain dari Islam. Jika ianya boleh dilakukan, maka itulah cara yang perlu dilakukan. Jika ia tidak dapat dilakukan, maka tiadalah dosa keatasnya kerana kamu melakukan kerja kamu, dan mereka melakukan kerja mereka masing-masing, TETAPI terdapat syarat yang perlu dipatuhi. Tiada ada apa perasaan sayang atau persahabatan didalam hati-hatinya, dan dia perlu mentaati segala ajaran syariah, baik dari segi mengucapkan tanhiah kepada mereka dan juga mengembalikan ucapan salam, dan seterusnya. Dan juga ia harus tidak menghadiri majlis pengkebumian, pesta/perayaan, atau mengucap tahniah kepada majlis-majlis perayaan."[1]

Jelas menunjukkan bahawa pada dasarnya, tidaklah salah bekerja dengan orang kafir, cuma orang Islam perlu menjaga syariat-syariat Islam yang telah ditetapkan. Kita dilarang meniru-niru cara dan adat mereka selain dari kerja yang dilakukan. Ini berdasarkan bahawa syarikat orang kafir ini tidak langsung memusuhi orang-orang Islam.

1. Sheikh Ibn ‘Utsaimin. Majmu’ Fataawa- 3/39, 40. Dar Al-Watan, 2000.

Sumber : Al-Ahkam.net

Yang Bulat Tak Datang Bergolek,Yang Pipih Tak Datang Melayang








“bagaimana para sahabat dan solafus soleh berjuang memiliki ilmu hingga ke titisan darah terakhir.”


Al- Naisaburi

Membaca Sahih Muslim sebanyak 100 kali.


Ibn Sina

Membaca buku al-Farabi 40 kali, dan ada ulama yang membaca kitab al-Mughni sebanyak 10kali

Selepas seluruh bukunya terbakar, Ibn Hazm mulai menulis semula daripada hafalannya.


Qatadah

Menghafal buku seberat muatan keldai.

“terdapat dua cara kita menyebarkan cahaya, menjadi lilin atau cermin yang memancarkannya ke segenap sudut. Jadilah seperti cermin…”


Al-Sya’bi berkata,

“Aku tidak pernah menuliskan tinta hitam ke atas kertas putih tentang sesuatu ilmu kecuali aku menghafalnya terlebih dahulu.”


Sufyan Al-Tsauri

Berdiri lama untuk solat sampai ke pagi.


Ibn Mubarak

Dan salah seorang ulama mengulang hadis sambil berdiri sehingga terbit fajar.


Muhammad Al-Amin Al-Syinqithi

Meneliti satu permasalahan selama sehari semalam.

“singa muncul dalam jiwa orang yang BERANI!!!”


Yahya Bin Ma’in

Menulis lafaz “Sallallahualaihiwasallam” sebanyak sejuta kali dan menulis setiap hadis sebanyak 50 kali.


Al-Sya’bi berkata,

“Yang paling sedikit aku hafal ialah syair, jika kamu mahu, maka aku akan bacakan kepada kamu syair-syair itu selama sebulan penuh.”


Sesiapa yang bersegera mencari ilmu seperti :

· Terbangnya burung gagak pada waktu pagi.

· Sabarnya sang keldai.

· Tekadnya singa menerkam mangsa.

· Helah serigala yang memperdaya mangsanya.

Natijahnya mereka mendapatkan ilmu yang banyak lagi bermanfaat.


Jalan dakwah itu penuh ranjau duri. Di jalan itulah :

· Nabi Nuh a.s. meratap.

· Nabi Yahya a.s. disembelih

· Sayidina Umar dibunuh.

· Darah Sayidina Uthman tertumpah.

· Sayidina Ali disergap.

· Belakang para imam disebat.


Ibn Duraid

Menyalin kitab al-Jamharah sebanyak empat kali.


Imam Bukhari

Meneliti kitab sahihnya selama 16 tahun. Setiap hadis yang ditulisnya dimulakan dengan mandi dan solat sunat dua rakaat.

“Hebatnya sarang lebah bermula dengan setitis madu dan usaha yang berterusan. Sanggupkah anda mengumpul ilmu seperti lebah mengumpul madu dan memberi manfaat yang banyak kepada manusia?”


Ahmad Bin Hanbal

Menjadikan dirinya sebagai orang suruhan demi mencari ilmu.


Abu Hanifah

Menjual sebahagian perabot rumahnya demi mencari ilmu.

“jadilah orang yang sentiasa dahagakan ilmu.”


Sufyan Al-Tsauri

Sanggup berlapar selama tiga hari demi mencari hadis.


Imam Nawawi

Selalu belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

PASTIKAN RAKIT TIDAK BOCOR, SEMANGAT TIDAK LEBUR.


Al-Syaukani

Menghadap 12 pelajaran setiap hari.


Nabi Idris A.S.

Bekerja sebagai tukang jahit.


Nabi Daud A.S.

Bekerja sebagai tukang besi.


Nabi Musa A.S.

Bekerja sebagai penggembala.


Ibn Musayyib

Pernah menjual minyak.


Abu Hanifah

Menjual kain.

Di hujung perjalanan orang yang berilmu ialah KEJAYAAN

Jadikan setiap minit suatu keajaiban dan setiap hari suatu kehebatan


Khatib Al-Baghdadi

Membaca buku sambil berjalan.


Umar Bin Abdul Aziz berkata,

“Sungguh aku memiliki jiwa yang merindu.Jiwa yang merindui kepemimpinan, maka aku mendapatkannya; merindui khalifah, maka aku meraihnya; dan sekarang jiwa itu merindui syurga.”


Abu Manshur Al-Tsa’alibi

Bekerja menjahit kulit kijang, bagaimanapun cita-citanya tinggi sehingga beliau menjadi penyair dunia.


Al-Farra’

Bekerja sebagai tukang kulit, bagaimanapun beliau menjadi orang yang pakar dalam bidang nahu.


Ibn Zayyat

Pernah menjual minyak, bagaimanapun beliau akhirnya menjadi menteri.

“CABAR diri anda menjadi seorang yang HEBAT”

Ilmu itu dihafal dengan mengamalkannya, mengajarkannya dan menulisnya. Sesiapa yang menghafal, mengulang, mempelajari ilmu tersebut, ia akan bersemi dalam hatinya.

Orang yang berjaya mesti memiliki kekuatan pengamatan, memberi sepenuh konsentrasi, menjaga waktu, selalu menghayati dan memiliki wawasann yang jauh ke hadapan.


Halangan-Halangan Kejayaan :

· Hawa nafsu yang dituruti nafsu amarah.

· Dunia yang menyilaukan.

· Cita-cita yang beku.

· Panjang angan-angan.

· Menunda-nunda pekerjaan.



Sunday, March 21, 2010

Untuk Diriku dan Dirimu

“Tiada Kejayaan Semanis Madu Tanpa Pengorbanan Sepahit Hempedu”

Belajarlah daripada sejarah hidup mereka sebelum daripada kita…



Ja’far Al-Barmaki

Yang merupakan menteri kepada al- Khidir al-Jawwad dibunuh ketika berusia 37 tahun.

Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah yang agung dan zuhud dibunuh pada usia 40 tahun.

Ibn Muqaffa’

Dibunuh pada usia 37 tahun.

Masruq

Di kala mengerjakan haji tidak pernah tidur kecuali dalam keadaan sujud.

Aswad Bin Yazid

Berpuasa sehingga badannya menjadi pucat.

Yazid Bin Harun

Menangis sehingga buta matanya.

Abu Musa Al- Asy’ari

Berjalan sehingga pecah tapak kakinya.

Imam Bukhari

Pernah berkata, “Aku tidak pernah berdusta semenjak aku baligh.”

Imam Syafi’i

Pernah berkata, “Aku tidak pernah bersumpah demi Allah, sama ada benar atau dusta.”

Abu Thalhah Al-Ansari

Berpuasa 40 tahun berturut-turut.

Said Bin Musayyab

Melaksanakan ibadat haji sebanyak 60 kali.

Imam Ahmad

Memberikan fatwa sebanyak 60 000 permasalahan dengan disertai dalil.

Ibn Taimiyyah

Ketika menghadapi masalah yang sukar, beliau beristighfar 1000 kali. Ketika dalam perjalanan ke suatu tempat,murid-murid Khatib al-Baghdadi pernah meminta kepadanya sesuatu,”Beritahulah sesuatu kepada kami.” Maka beliau berkata,”Kita mulai dengan al-Quran.” Maka beliau membaca al-Quran sehingga khatam kemudian barulah beliau bertanya apa yang mereka minta.

Abu Thahir Al- Salafi

Pernah ditanya,”Dari mana kamu mendapatkan ilmu ini?” Beliau menjawab, ‘Daripada pengalaman tinggal bersama buku-buku yang ada di rumahku selama 70 tahun.”

Imam Ahmad

Mencari pembiayaan hidupnya daripada sewa kedainya selama 70 tahun.

Khalil Bin Ahmad

Menjual roti dan minyak selama 70 tahun.

Selama 70 tahun juga Sufyan Al-Tsauri menjual roti gandum.