Showing posts with label Syubhah. Show all posts
Showing posts with label Syubhah. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

JAKIM Perlu Perkenalkan Logo HARAM




1. Kini lambakan barangan atau produk haram bagi ummat Islam kian bertambah malah semakin membimbangkan ummat Islam . Lebih malang terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

2. Fenomena ini mencetus kekeliruan dan memerangkap ummat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab .

3. Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti JAKIM , pihak berwajib ini juga mesti berani untuk mengisytiharkan produk - produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan ummat Islam .

4. Setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal , saya kira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo Haram untuk menjauhkan masyarakat ummat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram .

5. Sebelum ini , telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka justeru mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal , sementara pihak JAKIM tidak mempunyai skuad yang memadai untuk membuat pemantauan yang serius.

6. Saya jangka , andainya JAKIM mengisytiharkan produk - produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo Haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut , peluang untuk lambakan barangan haram dipasaran akan menjadi lebih kecil . Pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo Haram jika mereka benar - benar mahu mencari produk halal di pasaran.

7. Sebahagian besar pengguna tidak mampu untuk mengenali dan mengetahui kod - kod barangan yang haram seperti produk yang mempunyai gelatin dan sebagainya termasuk produk haram yang diimport dari Israel. Kod - kod barangan yang mengandungi bahan - bahan haram hendaklah diganti dengan logo Haram.

8. Jika logo Haram dapat dikuatkuasa , maka mudahlah bagi JAKIM yang selalu menyatakan bahawa mereka mengalami kekurangan tenaga untuk memantau , justeru produk haram ini tidaklah sebanyak produk halal di pasaran .

9. Risiko pemalsuan logo Haram juga mungkin lebih kecil berbanding pemalsuan logo halal . Lantaran logo halal menarik perhatian pengguna sementara logo haram tentunya menjauhkan pengguna .

10. Kaedah Islam , asal sesuatu perkara [ produk ] ialah halal kecuali telah datang nas yang jelas mengharamkannya atau produk itu bercampur dengan bahan dan unsur haram . Ertinya yang haram ini jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah produk yang halal . Sepatutnya yang haram itulah diletakkan logonya iaitu Logo Haram bukan logo halal .

Gambar di atas saya cadangkan sebagai Logo Haram atau selainnya terpulang kepada pihak JAKIM .



Thursday, February 25, 2010

Nasihat Buat Semua

JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAI /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.

Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula
yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan
di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang .

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

Pengusaha kilang ini menyimpan perut dan daging babi bersama
bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk

"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.

Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk
merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan
di Kepala Batas

Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari./ end