Thursday, March 25, 2010

JIHAD DAN KEUTAMAAN








أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ .

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ .

Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

( At-taubah 19-20 )

Dalam menghuraikan ayat ini saya mengingatkan ikhwan-ikhwan yang tercinta dengan apa yang dikatakan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah: “Sesugguhnya syaitan ingin mengalahkan seseorang hamba dengan salah satu daripada tujuh rintangan; yang ke enam adalah: rintangan dengan beramal dengan amalan yang kurang utama. Syaitan memerintahkan untuk melakukannya dan menjadikannya bagus di matanya serta menghiasi amalan tersebut untuknya, dan dia memperlihatkan pelbagai keutamaan dan keuntungan yang ada pada amalan tersebut, supaya hamba tadi menyibukkan diri dengannya daripada amalan yang lebih utama darinya, dan yang lebih besar pendapatan dan keuntungannya. Ini kerana syaitan tidak mampu untuk menghalanginya dari mendapatkan pahala secara keseluruhan, maka dia bertekad untuk menghalanginya daripada mendapatkan keutamaan yang sempurna dan darjat yang tinggi. lalu dia menyibukkan hamba tadi dengan sesuatu yang kurang utama daripada amalan-amalan yang lebih utama, dan dengan amalan yang kurang besar daripada amalan yang lebih besar, dengan amalan yang dicintai oleh Allah daripada amalan yang sangat dicintai oleh Allah, serta dengan amalan yang diredoi oleh Allah daripada amalan yang sangat diredoi oleh Allah.”[1]

Ayat ini jelas menerangkan kelebihan jihad di jalan Allah Swt, lebih besar bagi orang yang beriman daripada memakmurkan masjid Allah. Didalam kitab An-Nihayah Wal Khulasah Imam Al-Syahid Abdullah Azzam, menukilkan apa yang dikatakan oleh ‘Abdullah Ibnul Mubaarok. Suatu ketika beliau mengirimkan surat kepada Al Fudoil bin ‘Iyaadl yang berada di dua Masjidil Haram, yang berbunyi :

يَاعَابِدَ الْحَرَمَيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَا

لَعَلِمْتَ أَنَّكَ بِالْعِبَادَةِ تَلْعَبُ

مَنْ كآَنَ يَخْضِبُ خَدَّهُ بِدُمُوعِهِ

فَنُحُورُنَا بِدِمَائِنَا تَتَخَضَّبُ

Wahai orang yang beribadah di dua masjid haram, seandainya engkau melihat kami …

Tentu engkau akan tahu bahwa engkau beribadah itu hanya bermain-main …

Kalau orang pipinya berlinangan air mata …

Maka sesungguhnya leher kami berlumuran dengan darah …

Itulah pendapat seorang ahli faqih, hadith, mujtahid dan mujahid Abdullah Ibnul Mubarak terhadap mereka yang tidak duduk di masjidil haram yang pada masa yang sama umat Islam diperlekeh dan dihina. Darah mereka tersimbah ke bumi disebabkan kekejaman musuh agama.

Abdullah Bin Azzam berpendapat “…. itu adalah bermain- main dengan Diin (Agama) Allah ….. “.




[1] Madarijus Salikin I / 255.



No comments:

Post a Comment