Thursday, March 25, 2010

JIHAD DAN KEUTAMAAN








أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ .

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ .

Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

( At-taubah 19-20 )

Dalam menghuraikan ayat ini saya mengingatkan ikhwan-ikhwan yang tercinta dengan apa yang dikatakan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah: “Sesugguhnya syaitan ingin mengalahkan seseorang hamba dengan salah satu daripada tujuh rintangan; yang ke enam adalah: rintangan dengan beramal dengan amalan yang kurang utama. Syaitan memerintahkan untuk melakukannya dan menjadikannya bagus di matanya serta menghiasi amalan tersebut untuknya, dan dia memperlihatkan pelbagai keutamaan dan keuntungan yang ada pada amalan tersebut, supaya hamba tadi menyibukkan diri dengannya daripada amalan yang lebih utama darinya, dan yang lebih besar pendapatan dan keuntungannya. Ini kerana syaitan tidak mampu untuk menghalanginya dari mendapatkan pahala secara keseluruhan, maka dia bertekad untuk menghalanginya daripada mendapatkan keutamaan yang sempurna dan darjat yang tinggi. lalu dia menyibukkan hamba tadi dengan sesuatu yang kurang utama daripada amalan-amalan yang lebih utama, dan dengan amalan yang kurang besar daripada amalan yang lebih besar, dengan amalan yang dicintai oleh Allah daripada amalan yang sangat dicintai oleh Allah, serta dengan amalan yang diredoi oleh Allah daripada amalan yang sangat diredoi oleh Allah.”[1]

Ayat ini jelas menerangkan kelebihan jihad di jalan Allah Swt, lebih besar bagi orang yang beriman daripada memakmurkan masjid Allah. Didalam kitab An-Nihayah Wal Khulasah Imam Al-Syahid Abdullah Azzam, menukilkan apa yang dikatakan oleh ‘Abdullah Ibnul Mubaarok. Suatu ketika beliau mengirimkan surat kepada Al Fudoil bin ‘Iyaadl yang berada di dua Masjidil Haram, yang berbunyi :

يَاعَابِدَ الْحَرَمَيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَا

لَعَلِمْتَ أَنَّكَ بِالْعِبَادَةِ تَلْعَبُ

مَنْ كآَنَ يَخْضِبُ خَدَّهُ بِدُمُوعِهِ

فَنُحُورُنَا بِدِمَائِنَا تَتَخَضَّبُ

Wahai orang yang beribadah di dua masjid haram, seandainya engkau melihat kami …

Tentu engkau akan tahu bahwa engkau beribadah itu hanya bermain-main …

Kalau orang pipinya berlinangan air mata …

Maka sesungguhnya leher kami berlumuran dengan darah …

Itulah pendapat seorang ahli faqih, hadith, mujtahid dan mujahid Abdullah Ibnul Mubarak terhadap mereka yang tidak duduk di masjidil haram yang pada masa yang sama umat Islam diperlekeh dan dihina. Darah mereka tersimbah ke bumi disebabkan kekejaman musuh agama.

Abdullah Bin Azzam berpendapat “…. itu adalah bermain- main dengan Diin (Agama) Allah ….. “.




[1] Madarijus Salikin I / 255.



Monday, March 22, 2010

BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM



Bekerja dengan majikan bukan Islam dibolehkan, sila lihat kepada Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Al-Salih ibn 'Utsaimin dari buku Majmu' fatwanya :


ننصح هذا الأخ الذي يعمل مع الكفار أن يطلب عملاً ليس فيه أحد من أعداء الله ورسوله ممن يدينون بغير الإسلام ، فإن تيسر : فهذا هو الذي ينبغي ، وإن لم يتيسر فلا حرج عليه لأنه في عمله وهم في علمهم ، ولكن بشرط أن لا يكون في قلبه مودة لهم ومحبة وموالاة ، وأن يلتزم ما جاء به الشرع فيما يتعلق بالسلام عليهم ورد السلام ونحو ذلك ، وكذلك أيضاً لا يشيّع جنائزهم ، ولا يحضرها ، ولا يشهد أعيادهم ، ولا يهنئهم بها.


"Kami menasihat saudara-saudara yang bekerja dengan orang-orang kafir untuk mencari kerja dimana tiada musuh-musuh Allah dan Rasulnya, yang menganut agama selain dari Islam. Jika ianya boleh dilakukan, maka itulah cara yang perlu dilakukan. Jika ia tidak dapat dilakukan, maka tiadalah dosa keatasnya kerana kamu melakukan kerja kamu, dan mereka melakukan kerja mereka masing-masing, TETAPI terdapat syarat yang perlu dipatuhi. Tiada ada apa perasaan sayang atau persahabatan didalam hati-hatinya, dan dia perlu mentaati segala ajaran syariah, baik dari segi mengucapkan tanhiah kepada mereka dan juga mengembalikan ucapan salam, dan seterusnya. Dan juga ia harus tidak menghadiri majlis pengkebumian, pesta/perayaan, atau mengucap tahniah kepada majlis-majlis perayaan."[1]

Jelas menunjukkan bahawa pada dasarnya, tidaklah salah bekerja dengan orang kafir, cuma orang Islam perlu menjaga syariat-syariat Islam yang telah ditetapkan. Kita dilarang meniru-niru cara dan adat mereka selain dari kerja yang dilakukan. Ini berdasarkan bahawa syarikat orang kafir ini tidak langsung memusuhi orang-orang Islam.

1. Sheikh Ibn ‘Utsaimin. Majmu’ Fataawa- 3/39, 40. Dar Al-Watan, 2000.

Sumber : Al-Ahkam.net

Yang Bulat Tak Datang Bergolek,Yang Pipih Tak Datang Melayang








“bagaimana para sahabat dan solafus soleh berjuang memiliki ilmu hingga ke titisan darah terakhir.”


Al- Naisaburi

Membaca Sahih Muslim sebanyak 100 kali.


Ibn Sina

Membaca buku al-Farabi 40 kali, dan ada ulama yang membaca kitab al-Mughni sebanyak 10kali

Selepas seluruh bukunya terbakar, Ibn Hazm mulai menulis semula daripada hafalannya.


Qatadah

Menghafal buku seberat muatan keldai.

“terdapat dua cara kita menyebarkan cahaya, menjadi lilin atau cermin yang memancarkannya ke segenap sudut. Jadilah seperti cermin…”


Al-Sya’bi berkata,

“Aku tidak pernah menuliskan tinta hitam ke atas kertas putih tentang sesuatu ilmu kecuali aku menghafalnya terlebih dahulu.”


Sufyan Al-Tsauri

Berdiri lama untuk solat sampai ke pagi.


Ibn Mubarak

Dan salah seorang ulama mengulang hadis sambil berdiri sehingga terbit fajar.


Muhammad Al-Amin Al-Syinqithi

Meneliti satu permasalahan selama sehari semalam.

“singa muncul dalam jiwa orang yang BERANI!!!”


Yahya Bin Ma’in

Menulis lafaz “Sallallahualaihiwasallam” sebanyak sejuta kali dan menulis setiap hadis sebanyak 50 kali.


Al-Sya’bi berkata,

“Yang paling sedikit aku hafal ialah syair, jika kamu mahu, maka aku akan bacakan kepada kamu syair-syair itu selama sebulan penuh.”


Sesiapa yang bersegera mencari ilmu seperti :

· Terbangnya burung gagak pada waktu pagi.

· Sabarnya sang keldai.

· Tekadnya singa menerkam mangsa.

· Helah serigala yang memperdaya mangsanya.

Natijahnya mereka mendapatkan ilmu yang banyak lagi bermanfaat.


Jalan dakwah itu penuh ranjau duri. Di jalan itulah :

· Nabi Nuh a.s. meratap.

· Nabi Yahya a.s. disembelih

· Sayidina Umar dibunuh.

· Darah Sayidina Uthman tertumpah.

· Sayidina Ali disergap.

· Belakang para imam disebat.


Ibn Duraid

Menyalin kitab al-Jamharah sebanyak empat kali.


Imam Bukhari

Meneliti kitab sahihnya selama 16 tahun. Setiap hadis yang ditulisnya dimulakan dengan mandi dan solat sunat dua rakaat.

“Hebatnya sarang lebah bermula dengan setitis madu dan usaha yang berterusan. Sanggupkah anda mengumpul ilmu seperti lebah mengumpul madu dan memberi manfaat yang banyak kepada manusia?”


Ahmad Bin Hanbal

Menjadikan dirinya sebagai orang suruhan demi mencari ilmu.


Abu Hanifah

Menjual sebahagian perabot rumahnya demi mencari ilmu.

“jadilah orang yang sentiasa dahagakan ilmu.”


Sufyan Al-Tsauri

Sanggup berlapar selama tiga hari demi mencari hadis.


Imam Nawawi

Selalu belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

PASTIKAN RAKIT TIDAK BOCOR, SEMANGAT TIDAK LEBUR.


Al-Syaukani

Menghadap 12 pelajaran setiap hari.


Nabi Idris A.S.

Bekerja sebagai tukang jahit.


Nabi Daud A.S.

Bekerja sebagai tukang besi.


Nabi Musa A.S.

Bekerja sebagai penggembala.


Ibn Musayyib

Pernah menjual minyak.


Abu Hanifah

Menjual kain.

Di hujung perjalanan orang yang berilmu ialah KEJAYAAN

Jadikan setiap minit suatu keajaiban dan setiap hari suatu kehebatan


Khatib Al-Baghdadi

Membaca buku sambil berjalan.


Umar Bin Abdul Aziz berkata,

“Sungguh aku memiliki jiwa yang merindu.Jiwa yang merindui kepemimpinan, maka aku mendapatkannya; merindui khalifah, maka aku meraihnya; dan sekarang jiwa itu merindui syurga.”


Abu Manshur Al-Tsa’alibi

Bekerja menjahit kulit kijang, bagaimanapun cita-citanya tinggi sehingga beliau menjadi penyair dunia.


Al-Farra’

Bekerja sebagai tukang kulit, bagaimanapun beliau menjadi orang yang pakar dalam bidang nahu.


Ibn Zayyat

Pernah menjual minyak, bagaimanapun beliau akhirnya menjadi menteri.

“CABAR diri anda menjadi seorang yang HEBAT”

Ilmu itu dihafal dengan mengamalkannya, mengajarkannya dan menulisnya. Sesiapa yang menghafal, mengulang, mempelajari ilmu tersebut, ia akan bersemi dalam hatinya.

Orang yang berjaya mesti memiliki kekuatan pengamatan, memberi sepenuh konsentrasi, menjaga waktu, selalu menghayati dan memiliki wawasann yang jauh ke hadapan.


Halangan-Halangan Kejayaan :

· Hawa nafsu yang dituruti nafsu amarah.

· Dunia yang menyilaukan.

· Cita-cita yang beku.

· Panjang angan-angan.

· Menunda-nunda pekerjaan.



Sunday, March 21, 2010

Untuk Diriku dan Dirimu

“Tiada Kejayaan Semanis Madu Tanpa Pengorbanan Sepahit Hempedu”

Belajarlah daripada sejarah hidup mereka sebelum daripada kita…



Ja’far Al-Barmaki

Yang merupakan menteri kepada al- Khidir al-Jawwad dibunuh ketika berusia 37 tahun.

Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah yang agung dan zuhud dibunuh pada usia 40 tahun.

Ibn Muqaffa’

Dibunuh pada usia 37 tahun.

Masruq

Di kala mengerjakan haji tidak pernah tidur kecuali dalam keadaan sujud.

Aswad Bin Yazid

Berpuasa sehingga badannya menjadi pucat.

Yazid Bin Harun

Menangis sehingga buta matanya.

Abu Musa Al- Asy’ari

Berjalan sehingga pecah tapak kakinya.

Imam Bukhari

Pernah berkata, “Aku tidak pernah berdusta semenjak aku baligh.”

Imam Syafi’i

Pernah berkata, “Aku tidak pernah bersumpah demi Allah, sama ada benar atau dusta.”

Abu Thalhah Al-Ansari

Berpuasa 40 tahun berturut-turut.

Said Bin Musayyab

Melaksanakan ibadat haji sebanyak 60 kali.

Imam Ahmad

Memberikan fatwa sebanyak 60 000 permasalahan dengan disertai dalil.

Ibn Taimiyyah

Ketika menghadapi masalah yang sukar, beliau beristighfar 1000 kali. Ketika dalam perjalanan ke suatu tempat,murid-murid Khatib al-Baghdadi pernah meminta kepadanya sesuatu,”Beritahulah sesuatu kepada kami.” Maka beliau berkata,”Kita mulai dengan al-Quran.” Maka beliau membaca al-Quran sehingga khatam kemudian barulah beliau bertanya apa yang mereka minta.

Abu Thahir Al- Salafi

Pernah ditanya,”Dari mana kamu mendapatkan ilmu ini?” Beliau menjawab, ‘Daripada pengalaman tinggal bersama buku-buku yang ada di rumahku selama 70 tahun.”

Imam Ahmad

Mencari pembiayaan hidupnya daripada sewa kedainya selama 70 tahun.

Khalil Bin Ahmad

Menjual roti dan minyak selama 70 tahun.

Selama 70 tahun juga Sufyan Al-Tsauri menjual roti gandum.

Thursday, March 18, 2010

KPU SUNGAI PETANI & TAIPING MENGGEMPUR IPGKSAH, SUNGAI PETANI




10 Mac 2010 (Rabu) - Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani dan Taiping telah bergabung menggempur Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani Kedah. Program ini telah dianjurkan oleh guru - guru pelatih dari institut itu sendiri yang terdiri dari ahli - ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri Ahmad.

Ahli HPA di bawah rangakaian PJS Cikgu Nadzri, iaitu Ustaz Zakir Bin Mohd. Amin merupakan Yang Di Pertua (YDP) Majlis Persatuan Guru Pelatih di IPGKSAH. Beliau bersama - sama sahabat yang lain telah menjemput pemimpin - pemimpin dari Sungai Petani dan Taiping untuk mengadakan program ceramah bertajuk HPA dan Isu Pemakanan Hari Ini.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh PJS Cikgu Nadzri dan telah menghimpunkan seramai 100 orang guru pelatih di institut tersebut. Pemimpin - pemimpin yang turut hadir pada program tersebut ialah PJS Noormah Zainol, PJS Asnah Mustafa, PJE Adlina Adenan, PJ Roslina, PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Yusfee Yusof dan ramai lagi.

Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani juga telah membawa produk - produk HPA untuk pameran, jualan dan sebagai hadiah cabutan bertuah. Majlis ceramah dan penyampaian cabutan bertuah telah tamat pada jam 11.00 malam.

Pogram sebegini perlu diadakan selalu untuk menarik minat guru - guru pelatih yang masih muda menggunakan produk yang halal lagi suci dan merekalah sebagai agen untuk menyampaikan kepada masyarakat luar apabila mereka keluar berkhidmat nanti

.




Wednesday, March 17, 2010



Ustaz Ahmad Zakir Bin Mohd Amin
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Assalamualaikum, Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah seketika di blog perniagaan saya. Perniagaan merupakan satu bidang kehidupan yang banyak ditinggalkan oleh ummat Islam dewasa ini. Padahal ianya merupakan tradisi islam yang sudah lama berkembang bahkan sejak zaman Rasul dan Sahabat tradisi ini terus berlanjutan hingga zaman tabi'in dan generasi salafu ssolleh.



..

Sunday, February 28, 2010

Kenapa Perlu Boikot Israel & Sekutunya?


boycott-1193Boikot kepada produk dan perniagaan Israel dan sekutunya adalah merupakan usaha kita sebagai pengguna untuk memilih keperluan yang sentiasa menjurus kepada terhapusnya kekejaman dan kezaliman Israel terhadap bangsa Palestin.

Usaha tersebut harus dilihat sebagai salah satu langkah protes secara aman dan adil, justeru memberi tekanan di peringkat antarabangsa terhadap rejim teroris Israel sepertimana yang pernah dilakukan oleh mesyarakat dunia terhadap rejim aparthied Afrika Selatan dengan jayanya.

Adakah kita memboikot semua kaum Yahudi?

Muslims & Yahudi bersatu menentang rejim zionis sempena perhimpunan Hari Al-QudsTidak. Usaha boikot tidak sekali-kali ditujukan kepada agama mahupun etnik tertentu. Boikot hanya ditujukan kepada entiti perniagaan yang secara langsung dan jelas menyokong, terlibat atau membantu penindasan terhadap Palestin.

Kita tidak membezakan antara penyokong Israel – sekiranya sebuah perniagaan yang dimiliki seorang Muslim dengan jelas menyokong kekejaman Israel, ia perlu diboikot sama sepertimana entiti perniagaan yang lain.

Apakah boikot satu tindakan yang adil dan dibenarkan?

Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, iaitu dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel. Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B’Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel.

Bagi masyarakat Islam, tokoh-tokoh Ulama terkenal dari berbagai latar-belakang menyokong usaha ini dan memberi fatwa yang jelas terhadap tindakan boikot ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata:

Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.

Benarkah perniagaan atau produk tersenarai menyokong Israel? (supaya mereka tidak teriniaya)

Ramai dari kita yang sememangnya ingin turut menyokong usaha boikot Israel, tetapi ragu-ragu dengan maklumat berkenaan syarikat atau produk perniagaan yang tersenarai. Ini merupakan salah satu sikap yang terpuji, lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam seharusnya meneliti setiap maklumat yang diterima sebelum bertindak.

Innovative Minds mengambil inisiatif menjalankan kajian menyeluruh untuk memastikan maklumat yang diberi tidak membawa unsur fitnah dan penginiayaan. Setiap maklumat yang disebarkan disertakan bersama rujukan berkaitan, supaya anda sendiri dapat memastikan fakta tersebut dan memahami bagaimana mereka terlibat menyokong Israel.

Bukankah mana-mana produk juga menjurus kepada Israel?

Benar, dalam situasi umat Islam lemah tidak bermaya, ekonomi dan politik dunia dikuasai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel dan sekutunya. Situasi ini umpama barah yang menyerang dan mencemar saluran darah kita, yang mana ianya boleh sampai ke seluruh badan.

Tapi apakah kita masih ingin mencari alasan, semata-mata kerana kita seperti tidak lagi terdaya melawan barah tersebut? Syarikat perniagaan yang tersenarai adalah merupakan penyokong kuat kepada Israel, yang sentiasa mendapat pujian dan anugerah kepujian atas sokongan mereka. Sekiranya kita berjaya mengurangkan kekuatan ekonomi syarikat tersebut, dan beralih kepada syarikat atau produk alternatif, InsyaALlah mereka akhirkan akan lemah juga.

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Harus diingat, syarikat-syarikat besar dari luar yang beroperasi di negara-negara Islam tidak membawa manfaat ekonomi kepada kita melainkan eksploitasi terhadap kelemahan kita. Lihatlah bagaimana Delta Galil, sebuah syarikat membuat pakaian yang dipasarkan dengan jenama GAP, Banana Republic, Calvin Klien, BOSS, M&S, DKNY dan berbagai lagi. Syarikat ini membina kilang-kilang di Jordan, Mesir dan juga Palestin. Sikap mereka yang hanya mengeksploitasi pekerja tempatan begitu teruk sekali, sehinggakan Sweatshop Watch (www.sweatshopwatch.org) melabelkan mereka sebagai “Sweatshop Czar.” Adakah merugikan kita jika syarikat-syarikat seperti ini mengangkat kaki meninggalkan tanah air kita yang subur dan bertuah ini?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot – McDonald’s.

mcd-israelMcDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

amazonDalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

texasBeberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Apakah usaha boikot benar-benar akan dapat memberi kesan kepada ekonomi Israel?

Sejak tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak.

Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip.

Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur?

Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih – pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka!


Sunber : http://haluanpalestin.haluan.org.my