10 Mac 2010 (Rabu) - Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani dan Taiping telah bergabung menggempur Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani Kedah. Program ini telah dianjurkan oleh guru - guru pelatih dari institut itu sendiri yang terdiri dari ahli - ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri Ahmad.
Ahli HPA di bawah rangakaian PJS Cikgu Nadzri, iaitu Ustaz Zakir Bin Mohd. Amin merupakan Yang Di Pertua (YDP) Majlis Persatuan Guru Pelatih di IPGKSAH. Beliau bersama - sama sahabat yang lain telah menjemput pemimpin - pemimpin dari Sungai Petani dan Taiping untuk mengadakan program ceramah bertajuk HPA dan Isu Pemakanan Hari Ini.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh PJS Cikgu Nadzri dan telah menghimpunkan seramai 100 orang guru pelatih di institut tersebut. Pemimpin - pemimpin yang turut hadir pada program tersebut ialah PJS Noormah Zainol, PJS Asnah Mustafa, PJE Adlina Adenan, PJ Roslina, PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Yusfee Yusof dan ramai lagi.
Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani juga telah membawa produk - produk HPA untuk pameran, jualan dan sebagai hadiah cabutan bertuah. Majlis ceramah dan penyampaian cabutan bertuah telah tamat pada jam 11.00 malam.
Pogram sebegini perlu diadakan selalu untuk menarik minat guru - guru pelatih yang masih muda menggunakan produk yang halal lagi suci dan merekalah sebagai agen untuk menyampaikan kepada masyarakat luar apabila mereka keluar berkhidmat nanti
.
Wednesday, March 17, 2010
Ustaz Ahmad Zakir Bin Mohd Amin
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Assalamualaikum, Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah seketika di blog perniagaan saya. Perniagaan merupakan satu bidang kehidupan yang banyak ditinggalkan oleh ummat Islam dewasa ini. Padahal ianya merupakan tradisi islam yang sudah lama berkembang bahkan sejak zaman Rasul dan Sahabat tradisi ini terus berlanjutan hingga zaman tabi'in dan generasi salafu ssolleh.
Boikot kepada produk dan perniagaan Israel dan sekutunya adalah merupakan usaha kita sebagai pengguna untuk memilih keperluan yang sentiasa menjurus kepada terhapusnya kekejaman dan kezaliman Israel terhadap bangsa Palestin.
Usaha tersebut harus dilihat sebagai salah satu langkah protes secara aman dan adil, justeru memberi tekanan di peringkat antarabangsa terhadap rejim teroris Israel sepertimana yang pernah dilakukan oleh mesyarakat dunia terhadap rejim aparthied Afrika Selatan dengan jayanya.
Adakah kita memboikot semua kaum Yahudi?
Tidak. Usaha boikot tidak sekali-kali ditujukan kepada agama mahupun etnik tertentu. Boikot hanya ditujukan kepada entiti perniagaan yang secara langsung dan jelas menyokong, terlibat atau membantu penindasan terhadap Palestin.
Kita tidak membezakan antara penyokong Israel – sekiranya sebuah perniagaan yang dimiliki seorang Muslim dengan jelas menyokong kekejaman Israel, ia perlu diboikot sama sepertimana entiti perniagaan yang lain.
Apakah boikot satu tindakan yang adil dan dibenarkan?
Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, iaitu dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel. Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B’Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel.
Bagi masyarakat Islam, tokoh-tokoh Ulama terkenal dari berbagai latar-belakang menyokong usaha ini dan memberi fatwa yang jelas terhadap tindakan boikot ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata:
Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.
Benarkah perniagaan atau produk tersenarai menyokong Israel? (supaya mereka tidak teriniaya)
Ramai dari kita yang sememangnya ingin turut menyokong usaha boikot Israel, tetapi ragu-ragu dengan maklumat berkenaan syarikat atau produk perniagaan yang tersenarai. Ini merupakan salah satu sikap yang terpuji, lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam seharusnya meneliti setiap maklumat yang diterima sebelum bertindak.
Innovative Minds mengambil inisiatif menjalankan kajian menyeluruh untuk memastikan maklumat yang diberi tidak membawa unsur fitnah dan penginiayaan. Setiap maklumat yang disebarkan disertakan bersama rujukan berkaitan, supaya anda sendiri dapat memastikan fakta tersebut dan memahami bagaimana mereka terlibat menyokong Israel.
Bukankah mana-mana produk juga menjurus kepada Israel?
Benar, dalam situasi umat Islam lemah tidak bermaya, ekonomi dan politik dunia dikuasai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel dan sekutunya. Situasi ini umpama barah yang menyerang dan mencemar saluran darah kita, yang mana ianya boleh sampai ke seluruh badan.
Tapi apakah kita masih ingin mencari alasan, semata-mata kerana kita seperti tidak lagi terdaya melawan barah tersebut? Syarikat perniagaan yang tersenarai adalah merupakan penyokong kuat kepada Israel, yang sentiasa mendapat pujian dan anugerah kepujian atas sokongan mereka. Sekiranya kita berjaya mengurangkan kekuatan ekonomi syarikat tersebut, dan beralih kepada syarikat atau produk alternatif, InsyaALlah mereka akhirkan akan lemah juga.
Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?
Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.
Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.
Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.
Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?
Harus diingat, syarikat-syarikat besar dari luar yang beroperasi di negara-negara Islam tidak membawa manfaat ekonomi kepada kita melainkan eksploitasi terhadap kelemahan kita. Lihatlah bagaimana Delta Galil, sebuah syarikat membuat pakaian yang dipasarkan dengan jenama GAP, Banana Republic, Calvin Klien, BOSS, M&S, DKNY dan berbagai lagi. Syarikat ini membina kilang-kilang di Jordan, Mesir dan juga Palestin. Sikap mereka yang hanya mengeksploitasi pekerja tempatan begitu teruk sekali, sehinggakan Sweatshop Watch (www.sweatshopwatch.org) melabelkan mereka sebagai “Sweatshop Czar.” Adakah merugikan kita jika syarikat-syarikat seperti ini mengangkat kaki meninggalkan tanah air kita yang subur dan bertuah ini?
Apakah usaha ini akan berjaya?
Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot – McDonald’s.
McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.
Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.
Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.
Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.
Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.
Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.
Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.
Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.
Apakah usaha boikot benar-benar akan dapat memberi kesan kepada ekonomi Israel?
Sejak tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak.
Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip.
Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur?
Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih – pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka!
Definisi Diagnosis : “Perkara pertama yang diperhatikan oleh perawat adalah semangat yang bermakna kombinasi daripada mimic muka,ton otot, postur,mood ucapan dan penampilan secara am.Pesakit yang bersemangat menunjukkan penyakit yang tidak serius tetapi adalah sebaliknya jika berada di tahap yang serius.”
Prinsip-prinsip asasi perawat apabila melakukan pemerhatian (Amnesty International):
1)Akses segera kepada rawatan doctor
2)Kebebasan
3)Kerahsiaan pemeriksaan
4)Akses kepada rekod perubatan
5)Pemeriksaan penuh
6)Laporan
7)Kerahsiaan laporan
8)Pemeriksaan kedua
9)Tugasan secara beretika
-Memperbaiki kesihatan manusia secara Ilahiah (ketuhanan) dan Alamiah (sumber alam semulajadi).–
Menjadi perawat Islam mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri di mana kita bukan sahaja merawat dengan ubat-ubatan herba malah kita dikuatkan lagi dengan wirid dan doa. Keadaan ini berbeza dengan perawat dari agama lain, contohnya dari ajaran Tao yang memperkenalkan teknik perawatan meditasi seperti yoga yang memerlukan pengamalnya ‘mengosongkan minda’ untuk mencapai ketenangan jiwa. Dalam Islam tiada istilah ‘mengosongkan minda’ kerana setiap detik kita mengingati Yang Maha Pencipta.
Organ- organ Yang Terlibat dalam Pemerhatian
1.Mata
Bahagian mata putih
Tafsiran-tafsiran berdasarkan pemerhatian mata :
a.Mata Kuning (3 tafsiran)
·Terdapat jangkitan virus seperti hepatitis. Ini jelas dapat dilihat apabila terdapat bintik putih diatas lidah.
·Keracunan logam berat mengakibatkan rambut gugur, tidak bermaya dan kuku yang pecah-pecah dan keluar darah dari liang roma, Penyakitseperti ini terkenal di kalangan orang melayu sebagai ‘Santau’.
·Masalah batu hempedu dikesan jika pesakit sering mengalami kelaparan di waktu malam.
b) Mata merah ; sekiranya mata berwarna kemerahan, terdapat dua tafsiran :
·Kekurangan air atau dehidrasi berlaku kerana kurang pengambilan air, kepanasan serta pengamalan herba diuretic. Tandanya, urin yang kuning pekat, sakit kepala ,sakit pinggang dan urat biru di tangan.
·Terdapat jangkitan kuman (infeksi) yang ditandai dengan kehadiran selaput putih.
Bahagian Mata Hitam
a.Lingkaran putih di hujung iris ;
·Keadaan ini menandakan kandungan kolestrol yang tinggi. Tapak tangan dan hujung jari berwarna merah. Hujung lidah juga berwarna merah dan biasanya individu ini bersifat pemarah.
·Ini disebabkan oleh factor pemakanan dan genetic. Individu yang menggemari makanan berlemak dan berminyak dan makanannya yang tinggi kandungan sodium (seperti kicap) menyumbang pembentukkan kolestrol dalam darah.
·Individu yang mendapati gejala penyakit seperti ini perlu mengubah tabiat pemakanan iaitu : dengan memakan sayuran dan ikan yang direbus.
·Elakkan makanan bergoreng.
·Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Vitex.
b.Lingkaran Hitam di Hujung Iris ;
·Keadaan ini menunjukkan kehadiran asid uric berlebihan( didapati dari makanan laut seperti sotong dan udang). Ia akan mengakibatkan sakit sendi dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah Gout.
·Rawatan paling sesuai digunakan adalah dengan berbekam.
·Individu yang dibekam, darahnya kelihatan berbuih dan kelihatan berkilat seperti kaca
·Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Ardisia
c.Lingkaran Gelang Iris ;
·Seseorang itu mengalami gangguan tekanan perasaan, semakin banyak lingkaran gelang yang kelihatan bermakna individu tersebut mengalami tekanan yang berpanjangan.Bulu matanyajuga lurus ke bawah.
·Rawatan yang dicadangkan adalah dengan membetulkan bahagian tulang belakang
·Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Spirumadu.
d) Lingkaran Biru di Hujung Iris ;
* Keadaan ini menandakan terdapatnya masalah perjalanan darah. Ini menyebabkan gangguan bekalan oksigen dan mudah mengantuk.
* Herba yang dicadangkan Omega 3 dan Malac
2.NADI
Pemeriksaan nadi merupakan kaedah kedua dalam pemerhatian penyakit. Apakah yang anda fahami tentang penggunaan kaedah denyut nadi?
Tafsiran daripada pemeriksaan denyut nadi :
a.Nadi Kuat :
·Ia menandakan darjah kepanasan yang tinggi. Tubuh pesakit berada dalam keadaan panas samaada panas di dalam atau panas di luar.
·Panas di dalam ditandakan oleh tapak tangan sejuk, nafas berbau, badan berbau, dan nafas yang kuat.
·Panas di luar ditandakan oleh tapak tangan yang panas.
b.Nadi lemah :
·Ia menandakan kelemahan bekerja system tubuh.Ini dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti cuaca, kuman, hormone, makanan, ketumbuhan, peredaran darah, penyakit dan lain-lain.
Pendapat Ibnu Sina mengenai nadi :
i)Demam kelajuan nadi menunjukkan tahap demam.
ii)Nadi gergaji berlaku bengkak di bahagian membrane dan diafragma.
iii)Nadi berombak bengkak pada paru-paru
3.LIDAH
Sebarang tanda yang terdapat pada lidah menandakan kelemahan di jantung dan darah tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh badan mengakibatkan kesihatan terganggu.
Keadaan Lidah
Keadaan Tubuh
Licin
Sejuk
Hujung Lidah Merah
Kolestrol
Ketumbuhan
Panas
Bergerigi
Panas
Pinggir Berlekok
Panas
Berdasarkan Warna Lidah :
Warna
Masalah Organ Dalaman
Merah
Jantung atau Usus Kecil
Putih
Paru-paru atau usus besar
Hijau
Hati atau pundi hempedu
Kuning
Limpa atau perut
Hitam
Ginjal atau pundi kencing
Berdasarkan Bentuk Lidah :
Bentuk
Masalah
Nipis
Kekurangan Darah
Tebal
Berlebihan Unsur Lembap
Berdasarkan Salutan pada Lidah :
Salutan
Masalah
Putih
Keadaan beralkali atau sejuk (coldness)
Kuning atau koko
Keadaan berasid(panas)
Tebal atau berminyak
Lebihan cecair menyebabkan penambatan air
Berdasarkan tekstur lidah :
-Tekstur lidah adalah berbeza daripada amat licin kepada kasar dan berbonggol.
4.TAPAK TANGAN
Merupakan organ diagnosis keempat. Saraf tapak tangan dapat memberikan gambaran kesihatan dalam tubuh badan. Ini dapat dilihat melalui pelbagai tanda yang kelihatan pada tapak tangan iaitu :
a.Suhu tapak tangan
·Tapak tangan panas, rasa padabahagian kaki,sekiranyakaki sejuk, ini menandakan masalah pada bahagian perut dan ke bawah.
·Tapak tangan panas dan bahagian kaki juga terasa panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.
b.Kelembapan
·Tapak tangan berpeluh, dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif.
·Tapak tangan kering dan cengkung menandakan imuniti yang rendah dan mudah di serang penyakit.
c.Jari Gemuk atauRuncing
·Jari gemuk di pangkal menandakan kandungan asid uric dalam darah.
·Jari runcing di hujung menandakan kencing manis.
d.Jari yang bengkok
·Bengkok di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang belakang.
·Bengkok dibahagian jari lain dikaitkan dengan masalah saraf.
e.Kuku Bergelombang
·Menandakan logam berat dalam badan
f.Urut-urut biru yang timbul
·Menandakan tekanan (stress)
g.Biru di perut tapak tangan
·Menandakan masalah resdung
h.Tompok putih di tapak tangan
·Dikaitkan dengan masalah angin dalam badan.
Selain memerhatikan atau mendiagnosis pesakit dengan 4 organ seperti di atas, perawat juga perlu menyelidik 4 perkara penting yang lain seperti di bawah :
1.Sejarah Keluarga
Perawat perlu menyoalselidik sejarah keluarga pesakit.Terdapat penyakit-penyakit yang boleh diwariskan melalui genetic. Tindakan mengenalpasti sejarah pesakit dapat membantu pengecaman dan mempercepatkan proses perawatan.
2.Keluhan Pesakit
Pesakitpasti mengeluh dan menyuarakan perasaan kepada perawat yang diyakininya. Pelbagai keadaan disuarakan seperti kesakitan,penderitaan, masalah harian dan sebagainya.
3.Gaya Hidup
Ia mempengaruhi keadaan kesihatan samada secara fizikal, mental, emosi dan spiritual yang melibatkan pekerjaan, kekeluargaan, penginapan, riadhah, ibadah dan sebagainya. Mereka yang hidup sihat berdasarkan cara hidup Islam akan lebih sihat dan bahagia.
4.Gaya Berfikir
Dalam satu hadith qudsi, Allah menegaskan bahawa Dia sentiasa bersama dengan apa disangka oleh hamba Nya. Fikiran yang positif pasti membuahkan kejayaan sebaliknya pemikiran negative mendatangkan risiko dengan mengubah reaksi kimia tubuh menjadi tidak seimbang menerusi pengeluaran hormone kortisol dan menjadi punca penyakit.
Pada keseluruhannya, terdapat banyak factor yang mempengaruhi kesihatan. Dalam kursus ini, kita hanya akan membincangkan 4 perkara sahaja. Seterusnya kita akan melihat pula tentang jenis-jenis penyakit dan rawatan yang dicadangkan.
DETOKSIFIKASI
Keracunan darah (blood poisoning)adalah disebabkan kewujudan logam berat yang berpunca dari pencemaran alam sekitar dan pemakanan. Ia menyebabkan pesakit mengalami leah daya ingatan, tekanan darah yang tidak stabil, lumpuh anggota badan (paralysis), gangguan emosi,masalah hormone dan sebagainya.
Tanda-tanda yang dapat dilihat :
·Mata
·Iris
·Tapak tangan
Rawatan boleh dilakukan dengan :
a.Pembersihan darah
Herba yang bersesuaian adalah kapsul Radix, Kopi radix,vitex, D’det & The Herba.
b.Pembersihan Usus
·Pembersihan usus melibatkan usus besar dan usus kecil, ianya memerlukan herba bersifat pelawas serta mengandungi serat. Produk yang dicadangkan adalah Pelawas, Mengkudu & Roselle.
c.Pembersihan Ginjal (urin)
·Pembersihan jenis ini memerlukan herba bersifat diuretic iaitu yang memperbanyakkan air kencing dan melalui rawatan ini, pesakit akan kerap ke tandas. Dengan cara ini, pundi kencing atau ginjal dapat mengeluarkan kotoran. Produk yang dicadangkan adalah Malac, the tropica dan ardisia.
Herba yang digunakan perlu disinergikan untuk mendapat kesan yang lebih baik. Herba cadangan untuk disinergi bagi masalah yang berkaitan dengan pembersihan darah adalah seperti di bawah :
·Dos yang dicadangkan dalam nota ini hanya bagi pesakit yang masih diperingkat permulaan dan yang mempunyai berat badan normal.
Jenis Produk HPA
Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)
3D (D’det, D’deu,D’Karm)
2 pagi dan 2 malam
Kopi Radix
Tiada hal tapi jangan melebihi 6 sachets
Omega 3 Softgel
2 pagi dan 2 malam
Madu lebah / Spirumadu
Campur dengan air suam,1 sudu malam
Air Bersih
Air yang terbaik adalah air zam-zam tetapi jika sukar diperolehi,minum dengan mineral HPA (air Gau) yang mempunyai kandungan mineral tinggi dalam tubuh.
Penggunaan apa sahaja jenis herba akan lebih berkesan sekiranya turut disinergi dengan produk dari sumber ikan dan perlu minum air bersih yang banyak (2.5 liter) untuk melarutkan herba dalam tubuh. Jika badan kekurangan air akan menyebabkan sakit kepala dan sakit pinggang.
RAWATAN (STRESS)
Terdapat 5 Jenis Tekanan :
1.Heavy Stress
Turutdikenali sebagai kemurungan (depression). Ia berpunca daripada factor genetic dan persekitaran. Setengah orang mudah mendapat stress berbanding orang lain disebabkan personalitinya sepertimudah marah dan gagal mengawal emosi. Penghidap stress yang berlanjutan akan berkemungkinan berhadapan dengan pelbagai masalah melibatkan emosi.
2.Mental Disorder
·Masalah Mental Health disorder termasuk :
-Major depression (clinical depression)
-Maniac Depression (bipolar Disorder)
-Schizophrenia
-Obsessive Compulsive Disorder
3.Anxiety Attack
Generalized Anxiety Disorder (GAD) menyebabkan penghidap merasai kebimbangan kronik dan berterusan serta ketegangan (tension) tanpa sebarang sebab yang jelas. Penghidap GAD mengalami kebimbangan berterusan berkaitan kesihatan, kewangan, keluarga, , pekerjaan dan meramalkan cuaca dan keadaan yang buruk.
4.Nerval Breakdown
Nervous breakdown atau nerval breakdown bukanlah istilah perubatan tetapi ianya menggambarkan seseorang yang mengalami gangguan emosi secara teruk berterusan dan tidak mampu bertindak sebagaimana insane normal.
5.Sleep Apnea
Merupakan suatu keadaan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa dan berlaku di semua peringkat umur dan jantina.
Stress yang bermula dari tekanan hidup yang berpanjangan menyebabkan reaksi otak dan perasaan menjadi salah tafsir dengan keadaan sekeliling. Orang yang mengalami tekanan jenis ini akan mentafsirkan apa sahaja maklumat yang diterimanya sebagai negative. Ini menyebabkan gangguan tidur (sleep disorder) atau penurunan berat badan yang ketara dan jika berterusan lagi, mampu menyebabkan masalah pada kulit yang sukar disembuhkan.
Tanda-tanda penyakit dapat dikesan melalui :
·Iris
·Alis
·Pupil
·Suara
Cara merawat stress ini adalah dengan memberikan pesakit deep sleeping.
Jenis Ubatan HPA
Cara Pengambilan (bil, Kapsul)
Mengkudu
2 pagi dan 2 malam
Deep cleansing
2 pagi dan 2 malam
Omega 3
2 pagi dan 2 malam
Puraria
1 pagi dan 1 malam
Roselle
2 pagi dan 2 thari
PENYAKIT 4 SERANGKAI
Terdapat 4 jenis penyakit yang dikenali sebagai 4 serangkai :
1.Kencing Manis
Dikenali juga sebagai Diabetes merupakan sejenis penyakit metabolic di mana ianya dicirikan kegagalan badan menghasilkan insulin yang mencukupiataupun dalam keadaan tertentu, sel-sel tidak bertindak balas sewajarnya terhadap insulin yang di hasilkan.
Tanda –tanda dapat dilihat :
·Sejarah keluarga
·Dahaga
·Letih
·Kerap kencing terutama waktu malam
·Jari meruncing
·Hitam di pinggir kuku
Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan herba yang bersifat pahit dan kelat.
Herba cadangan :
Jenis Ubatan HPA
Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)
Plantisol/ Vitex2
2 pagi dan 2 malam
The Herba / Teh Tropika
Sehari 3 gelas / 2 uncang
2.DARAH TINGGI
Anda boleh menghidap darah tinggi selama beberapa tahun tanpa sebarang simpton. Diam bukan bererti selamat. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis masalah kesihatan yang serius termasuklah serangan jantung dan stroke.
Tanda-tanda dapat dilihat:
·Tahap kolestrol tinggi (ruas hujung jari)
·Iris
·Perasaan cepat marah
·Warna tapak tangan kemerahan
·Hujung lidah berwarna merah
Cara rawatan yang boleh diberikan adalah dengan menggunakan vitex yang bertindak menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, pesakit juga memerlukan herba yang dapat mencairkan darah.
Herba Cadangan :
JENIS UBATAN HPA
CARA PENGAMBILAN (BIL,KAPSUL)
Vitex
2 pagi dan 2 malam
Omega 3 softgel
2 pagi dan 2malam
The Herba /The Tropika
Sehari 3 gelas/ 3 uncang (pagi,thari,maalm)
3.Jantung
Serangan pada jantung terjadi apabila terdapat pembentukkan plak pada dinding pembuluh darah (arteri) yang menyebabkan darah tidak dapat di pam dengan sempurna ke jantung dan ke otak.(umpama karat dalam paip besi)
Tanda-tanda dapat dilihat :
·Jari tengah bengkok
·Kolestrol tinggi (dilihat pada lidah & jari)
·Pembuluh darah bawah lidah
·Denyutan nadi
Cara rawatan yang dicadangkan adalah dengan menggunakan herba yang beraroma dan meruap seperti minyak sari yang terdapat dalam pokok teja yang dapat membuka ruang arteri dan menguatkan otot jantung.
Herba Cadangan :
Jenis Ubatan HPA
CARA PENGAMBILAN (BIL,KAPSUL)
Herba Tuju Angin
3 pagi, 3 thari dan 3 malam
Omega 3 softgel
3 pagi, 3 thari dan 3 malam
4.Penyakit Buah Pinggang
Kegagalan buah pinggang akut ialah kehilangan keupayaan ginjal secara mengejut dalam membuang lebihan cairan dan bahan buangan keluar dari badan. Kegagalan buah pinggang berfungsi mengakibatkan darah menjadi kotor dan berlakunya keracunan seluruh tubuh.
Tanda- tanda yang dapat dilihat :
·Bawah mata
·Ruas jari pertama
·Letih
·Mengantuk
Cara rawatan yang dicadangkan adalah dengan beberapa jenis herba yang meruap kerana ia dapat memperbaiki buah pinggang.
Herba Cadangan :
Jenis Ubatan HPA
Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)
Malac
2 pagi,2 thari dan 2 malam
TehHerba / The Tropika
Sehari 3 gelas/ 3 uncang (pagi,thari,malam)
PENYAKIT KETIDAKSEIMBANGAN HORMON (HORMON IMBALANCE)
Antara penyakit yang dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormone adalah :
·PMS(sindrom Pra Haid)
·Masalah darah haid
·Kemurungan (stress)
·Mood terganggu
·Pra monopous
·Monopous/ Andropos (berkaitan system reproduksi)
Penyakit- penyakit di atas mempunyai hubungan dengan estrogen iaitu hormone wanita. Kaedah untuk menghilangkan masalah ini ialah dengan menggunakan fitoestrogen yang diambil dari tumbuhan. Apabila mengambil herba yang mempunyai kandungan estrogen, didapati dalam kebanyakan kes, keadaan pesakit bertambah baik. Terdapat dua keadaan yang perlu difahami iaitu :
Rawatan bagi pesakit dalam keadaanpanas dan keadaan sejuk.
Tanda-tanda yang dapat dilihat :
·Warna Tapak Tangan
·Suara
·Tapak Tangan (sejuk atau panas)
·Pusingan Haid
·Kulit
Herba Cadangan :
JENIS UBATAN HPA
CARA PENGAMBILAN (BIL,KAPSUL)
Masalah sejuk :
Paramaria Plus
2 pagi, dan 2 malam
Omega 3
2 Pagi, dan 2 malam
Spirumadu
1 sudu pagi dan 1 sudu malam
Minyak Zaitun
3 sudu pagi dan 3 sudu malam
EQ minda (bagi lelaki yang hilang ransangan seks)
1 sudu pagi dan 1 sudu malam
Masalah panas :
Shark cartilage
2 pagi, dan 2 malam
icus
3 pagi, 3 thari dan 3 malam
Malac
2 pagi, 2 thari dan 2 malam
KECEDERAAN DALAMAN
Biasanya kecederaan dalaman disebabkan oleh :
·Hentakan
·Trauma
·Pembedahan
·Kemalangan
Bagi mengelakkan berlakunya jangkitan (infeksi) pada tempat luka, maka beberapa jenis herba yang bersifat antibiotic boleh digunakan. Penggunaan ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya peradangan (inflamasi) yang mengeluarkan nanah yang mengambil masa untuk sembuh.
Herba Cadangan :
Jenis Ubatan HPA
Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)
Consonium
2 pagi dan 2 malam
Radix
2 pagi dan 2 malam
The Herba
*Boleh dilakukan sinergi dari ketiga-tiga herba di atas untuk kegunaan luar adalah dengan menyapukan minyak but-but pada tempat luka termasuk luka terbakar.
KETUMBUHAN
Jenis ketumbuhan yang biasa terjadi adalah :
·Kanser
·Fibroid
·Tumor
·Cyst
Peranan herba dalam merawat ketumbuhan adalah untuk mengecutkan sel-sel yang menyebabkan ketumbuhan.
Herba Cadangan :
Jenis Ubatan HPA
Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)
Shark Cartilage
2 pagi, 2 thari dan 2 malam
Omega 3 softgel
2 pagi,2 thari dan2 malam
Teh Herba
1 hari 3 uncang
Radix
2 pagi, 2 thari dan 2 malam
Minyak Zaitun
3 pagi, 3thari dan 3 malam
Fisalin B ( ubat periuk)
Ditambah 1.5 liter air dan direbus hingga separuh larutan herba. Minum 5 kali sehari, setengah cawan
PENGURUSAN BERAT BADAN
Masalah berat badan (overweight) adalah dari beberapa sebab :
·Tekanan (stress)
·Fatty liver (lemah hati)
·Makanan
·Gaya Hidup
·Kurang Riadah
·Tiroid
Herba Cadangan :
Jenis Ubatan HPA
Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)
Kopi Radix (disebabkan oleh fatty liver)
5 cawan sehari
Stoma K (mengandungi HCA yang membakar lemak dan menurunkan selera makan)
2 pagi, 2 thari dan 2 malam
Teh Herba /Teh tropika
3 Uncang, 3 kali minum
Spirulina/ Paramaria (untuk yang obes serta terlalu kurus)
2 pagi, 2 thari dan 2 malam
ALAHAN/ ALERGI
Alahan merupakan satu tidak balas fisiologikal yang terjadi bilamana system imunisasi tersalah tafsir terhadap sebarang bahan yang TIDAK merbahayasebagai MERBAHAYA dan mengancam tubuh.
Tiga jenis alergi :
·Sinusitis / resdung
·Athma
·Lactose intolerance (alah pada susu)
Herba Cadangan :
Jenis Ubatan HPA
Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)
Cosinium + madu (dicampur dalam segelas air mineral)
1 kapsul + 1 sudu madu
Morinda /Mengkudu + madu
2 pagi ,2 thari dan 2 malam
PENYAKIT JANGKITAN
Ilmu jangkitan mentafsirkan penyakit jangkitan sebagai :
“penyakit yang disebabkan oleh virus, bacteria,parasit, kulat dan mikroorganisma yang lain. Ianya disebarkan secara terus melalui orang/haiwan yang dijangkiti atau dari makanan/minuman yang tercemar atau dari serangga seperti nyamuk dan lalat atau persekitaran yang tercemar.”
Herba yang mempunyai aktiviti anti virus juga bertindak sebagai anti bacteria
Jenis Ubatan HPA
Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)
Spirulina
Madu Lebah
Roselle
Minyak But-but
Omega 3
Teh Herba/ teh Tropika
KOPI RADIX
Penyakit yang disebabkan oleh virus :
·Hepatitis
·Malaria
·Taifoid
·Flu
·SARS
·Selsema
Penyakit yang disebabkan oleh bacteria :
·Sakit tekak
·UTI (Urinary Track Infection)
Bagi wanita yang terkena penyakit UTI (jangkitan saluran kencing),merekaakan mudah diserang penyakit enemia dan tekanan darah tinggi.
Penyakit kulit (dermatisis)
a.Jerawat
Biasanya jerawat dapat dihilangkan dengan herba yang bersifat anti endrogen tetapi rawatan menjadi lebih berkesan jika usus di bersihkan dengan herba Pelawas dan the asiatika.
b.Bisol
Penggunaan herba yang bersifat antibiotic
Penutup :
Kita sebenarnya baru sahaja menghabiskan sebahagian kecil perbincangan tentang perubatan heba dan masih banyak lagi perlu kita ketahui serta pelajari…