Friday, February 26, 2010

Kecekapan Diagnosis & Ketepatan Herba



Fahami Bahasa Tubuh

Muqaddimah : kepekaan sebagai perunding kesihatan

Pemerhatian :

Definisi Diagnosis : “Perkara pertama yang diperhatikan oleh perawat adalah semangat yang bermakna kombinasi daripada mimic muka,ton otot, postur,mood ucapan dan penampilan secara am.Pesakit yang bersemangat menunjukkan penyakit yang tidak serius tetapi adalah sebaliknya jika berada di tahap yang serius.”

Prinsip-prinsip asasi perawat apabila melakukan pemerhatian (Amnesty International):

1) Akses segera kepada rawatan doctor

2) Kebebasan

3) Kerahsiaan pemeriksaan

4) Akses kepada rekod perubatan

5) Pemeriksaan penuh

6) Laporan

7) Kerahsiaan laporan

8) Pemeriksaan kedua

9) Tugasan secara beretika

- Memperbaiki kesihatan manusia secara Ilahiah (ketuhanan) dan Alamiah (sumber alam semulajadi).

Menjadi perawat Islam mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri di mana kita bukan sahaja merawat dengan ubat-ubatan herba malah kita dikuatkan lagi dengan wirid dan doa. Keadaan ini berbeza dengan perawat dari agama lain, contohnya dari ajaran Tao yang memperkenalkan teknik perawatan meditasi seperti yoga yang memerlukan pengamalnya ‘mengosongkan minda’ untuk mencapai ketenangan jiwa. Dalam Islam tiada istilah ‘mengosongkan minda’ kerana setiap detik kita mengingati Yang Maha Pencipta.

Organ- organ Yang Terlibat dalam Pemerhatian

1. Mata

Bahagian mata putih

Tafsiran-tafsiran berdasarkan pemerhatian mata :

a. Mata Kuning (3 tafsiran)

· Terdapat jangkitan virus seperti hepatitis. Ini jelas dapat dilihat apabila terdapat bintik putih diatas lidah.

· Keracunan logam berat mengakibatkan rambut gugur, tidak bermaya dan kuku yang pecah-pecah dan keluar darah dari liang roma, Penyakit seperti ini terkenal di kalangan orang melayu sebagai ‘Santau’.

· Masalah batu hempedu dikesan jika pesakit sering mengalami kelaparan di waktu malam.

b) Mata merah ; sekiranya mata berwarna kemerahan, terdapat dua tafsiran :

· Kekurangan air atau dehidrasi berlaku kerana kurang pengambilan air, kepanasan serta pengamalan herba diuretic. Tandanya, urin yang kuning pekat, sakit kepala ,sakit pinggang dan urat biru di tangan.

· Terdapat jangkitan kuman (infeksi) yang ditandai dengan kehadiran selaput putih.

Bahagian Mata Hitam

a. Lingkaran putih di hujung iris ;

· Keadaan ini menandakan kandungan kolestrol yang tinggi. Tapak tangan dan hujung jari berwarna merah. Hujung lidah juga berwarna merah dan biasanya individu ini bersifat pemarah.

· Ini disebabkan oleh factor pemakanan dan genetic. I ndividu yang menggemari makanan berlemak dan berminyak dan makanannya yang tinggi kandungan sodium (seperti kicap) menyumbang pembentukkan kolestrol dalam darah.

· Individu yang mendapati gejala penyakit seperti ini perlu mengubah tabiat pemakanan iaitu : dengan memakan sayuran dan ikan yang direbus.

· Elakkan makanan bergoreng.

· Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Vitex.

b. Lingkaran Hitam di Hujung Iris ;

· Keadaan ini menunjukkan kehadiran asid uric berlebihan ( didapati dari makanan laut seperti sotong dan udang). Ia akan mengakibatkan sakit sendi dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah Gout.

· Rawatan paling sesuai digunakan adalah dengan berbekam.

· Individu yang dibekam, darahnya kelihatan berbuih dan kelihatan berkilat seperti kaca

· Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Ardisia

c. Lingkaran Gelang Iris ;

· Seseorang itu mengalami gangguan tekanan perasaan, semakin banyak lingkaran gelang yang kelihatan bermakna individu tersebut mengalami tekanan yang berpanjangan.Bulu matanya juga lurus ke bawah.

· Rawatan yang dicadangkan adalah dengan membetulkan bahagian tulang belakang

· Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Spirumadu.

d) Lingkaran Biru di Hujung Iris ;

* Keadaan ini menandakan terdapatnya masalah perjalanan darah. Ini menyebabkan gangguan bekalan oksigen dan mudah mengantuk.

* Herba yang dicadangkan Omega 3 dan Malac

2. NADI

Pemeriksaan nadi merupakan kaedah kedua dalam pemerhatian penyakit. Apakah yang anda fahami tentang penggunaan kaedah denyut nadi?

Tafsiran daripada pemeriksaan denyut nadi :

a. Nadi Kuat :

· Ia menandakan darjah kepanasan yang tinggi. Tubuh pesakit berada dalam keadaan panas samaada panas di dalam atau panas di luar.

· Panas di dalam ditandakan oleh tapak tangan sejuk, nafas berbau, badan berbau, dan nafas yang kuat.

· Panas di luar ditandakan oleh tapak tangan yang panas.

b. Nadi lemah :

· Ia menandakan kelemahan bekerja system tubuh.Ini dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti cuaca, kuman, hormone, makanan, ketumbuhan, peredaran darah, penyakit dan lain-lain.

Pendapat Ibnu Sina mengenai nadi :

i) Demam kelajuan nadi menunjukkan tahap demam.

ii) Nadi gergaji berlaku bengkak di bahagian membrane dan diafragma.

iii) Nadi berombak bengkak pada paru-paru

3. LIDAH

Sebarang tanda yang terdapat pada lidah menandakan kelemahan di jantung dan darah tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh badan mengakibatkan kesihatan terganggu.

Keadaan Lidah

Keadaan Tubuh

Licin

Sejuk

Hujung Lidah Merah

Kolestrol

Ketumbuhan

Panas

Bergerigi

Panas

Pinggir Berlekok

Panas

Berdasarkan Warna Lidah :

Warna

Masalah Organ Dalaman

Merah

Jantung atau Usus Kecil

Putih

Paru-paru atau usus besar

Hijau

Hati atau pundi hempedu

Kuning

Limpa atau perut

Hitam

Ginjal atau pundi kencing

Berdasarkan Bentuk Lidah :

Bentuk

Masalah

Nipis

Kekurangan Darah

Tebal

Berlebihan Unsur Lembap

Berdasarkan Salutan pada Lidah :

Salutan

Masalah

Putih

Keadaan beralkali atau sejuk (coldness)

Kuning atau koko

Keadaan berasid (panas)

Tebal atau berminyak

Lebihan cecair menyebabkan penambatan air

Berdasarkan tekstur lidah :

- Tekstur lidah adalah berbeza daripada amat licin kepada kasar dan berbonggol.

4. TAPAK TANGAN

Merupakan organ diagnosis keempat. Saraf tapak tangan dapat memberikan gambaran kesihatan dalam tubuh badan. Ini dapat dilihat melalui pelbagai tanda yang kelihatan pada tapak tangan iaitu :

a. Suhu tapak tangan

· Tapak tangan panas, rasa pada bahagian kaki,sekiranya kaki sejuk, ini menandakan masalah pada bahagian perut dan ke bawah.

· Tapak tangan panas dan bahagian kaki juga terasa panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.

b. Kelembapan

· Tapak tangan berpeluh, dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif.

· Tapak tangan kering dan cengkung menandakan imuniti yang rendah dan mudah di serang penyakit.

c. Jari Gemuk atau Runcing

· Jari gemuk di pangkal menandakan kandungan asid uric dalam darah.

· Jari runcing di hujung menandakan kencing manis.

d. Jari yang bengkok

· Bengkok di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang belakang.

· Bengkok dibahagian jari lain dikaitkan dengan masalah saraf.

e. Kuku Bergelombang

· Menandakan logam berat dalam badan

f. Urut-urut biru yang timbul

· Menandakan tekanan (stress)

g. Biru di perut tapak tangan

· Menandakan masalah resdung

h. Tompok putih di tapak tangan

· Dikaitkan dengan masalah angin dalam badan.

Selain memerhatikan atau mendiagnosis pesakit dengan 4 organ seperti di atas, perawat juga perlu menyelidik 4 perkara penting yang lain seperti di bawah :

1. Sejarah Keluarga

Perawat perlu menyoalselidik sejarah keluarga pesakit. Terdapat penyakit-penyakit yang boleh diwariskan melalui genetic. Tindakan mengenalpasti sejarah pesakit dapat membantu pengecaman dan mempercepatkan proses perawatan.

2. Keluhan Pesakit

Pesakit pasti mengeluh dan menyuarakan perasaan kepada perawat yang diyakininya. Pelbagai keadaan disuarakan seperti kesakitan,penderitaan, masalah harian dan sebagainya.

3. Gaya Hidup

Ia mempengaruhi keadaan kesihatan samada secara fizikal, mental, emosi dan spiritual yang melibatkan pekerjaan, kekeluargaan, penginapan, riadhah, ibadah dan sebagainya. Mereka yang hidup sihat berdasarkan cara hidup Islam akan lebih sihat dan bahagia.

4. Gaya Berfikir

Dalam satu hadith qudsi, Allah menegaskan bahawa Dia sentiasa bersama dengan apa disangka oleh hamba Nya. Fikiran yang positif pasti membuahkan kejayaan sebaliknya pemikiran negative mendatangkan risiko dengan mengubah reaksi kimia tubuh menjadi tidak seimbang menerusi pengeluaran hormone kortisol dan menjadi punca penyakit.

Pada keseluruhannya, terdapat banyak factor yang mempengaruhi kesihatan. Dalam kursus ini, kita hanya akan membincangkan 4 perkara sahaja. Seterusnya kita akan melihat pula tentang jenis-jenis penyakit dan rawatan yang dicadangkan.

DETOKSIFIKASI

Keracunan darah (blood poisoning)adalah disebabkan kewujudan logam berat yang berpunca dari pencemaran alam sekitar dan pemakanan. Ia menyebabkan pesakit mengalami leah daya ingatan, tekanan darah yang tidak stabil, lumpuh anggota badan (paralysis), gangguan emosi,masalah hormone dan sebagainya.

Tanda-tanda yang dapat dilihat :

· Mata

· Iris

· Tapak tangan

Rawatan boleh dilakukan dengan :

a. Pembersihan darah

Herba yang bersesuaian adalah kapsul Radix, Kopi radix,vitex, D’det & The Herba.

b. Pembersihan Usus

· Pembersihan usus melibatkan usus besar dan usus kecil, ianya memerlukan herba bersifat pelawas serta mengandungi serat. Produk yang dicadangkan adalah Pelawas, Mengkudu & Roselle.

c. Pembersihan Ginjal (urin)

· Pembersihan jenis ini memerlukan herba bersifat diuretic iaitu yang memperbanyakkan air kencing dan melalui rawatan ini, pesakit akan kerap ke tandas. Dengan cara ini, pundi kencing atau ginjal dapat mengeluarkan kotoran. Produk yang dicadangkan adalah Malac, the tropica dan ardisia.

Herba yang digunakan perlu disinergikan untuk mendapat kesan yang lebih baik. Herba cadangan untuk disinergi bagi masalah yang berkaitan dengan pembersihan darah adalah seperti di bawah :

· Dos yang dicadangkan dalam nota ini hanya bagi pesakit yang masih diperingkat permulaan dan yang mempunyai berat badan normal.

Jenis Produk HPA

Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)

3D (D’det, D’deu,D’Karm)

2 pagi dan 2 malam

Kopi Radix

Tiada hal tapi jangan melebihi 6 sachets

Omega 3 Softgel

2 pagi dan 2 malam

Madu lebah / Spirumadu

Campur dengan air suam,1 sudu malam

Air Bersih

Air yang terbaik adalah air zam-zam tetapi jika sukar diperolehi,minum dengan mineral HPA (air Gau) yang mempunyai kandungan mineral tinggi dalam tubuh.

Penggunaan apa sahaja jenis herba akan lebih berkesan sekiranya turut disinergi dengan produk dari sumber ikan dan perlu minum air bersih yang banyak (2.5 liter) untuk melarutkan herba dalam tubuh. Jika badan kekurangan air akan menyebabkan sakit kepala dan sakit pinggang.

RAWATAN (STRESS)

Terdapat 5 Jenis Tekanan :

1. Heavy Stress

Turut dikenali sebagai kemurungan (depression). Ia berpunca daripada factor genetic dan persekitaran. Setengah orang mudah mendapat stress berbanding orang lain disebabkan personalitinya seperti mudah marah dan gagal mengawal emosi. Penghidap stress yang berlanjutan akan berkemungkinan berhadapan dengan pelbagai masalah melibatkan emosi.

2. Mental Disorder

· Masalah Mental Health disorder termasuk :

- Major depression (clinical depression)

- Maniac Depression (bipolar Disorder)

- Schizophrenia

- Obsessive Compulsive Disorder

3. Anxiety Attack

Generalized Anxiety Disorder (GAD) menyebabkan penghidap merasai kebimbangan kronik dan berterusan serta ketegangan (tension) tanpa sebarang sebab yang jelas. Penghidap GAD mengalami kebimbangan berterusan berkaitan kesihatan, kewangan, keluarga, , pekerjaan dan meramalkan cuaca dan keadaan yang buruk.

4. Nerval Breakdown

Nervous breakdown atau nerval breakdown bukanlah istilah perubatan tetapi ianya menggambarkan seseorang yang mengalami gangguan emosi secara teruk berterusan dan tidak mampu bertindak sebagaimana insane normal.

5. Sleep Apnea

Merupakan suatu keadaan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa dan berlaku di semua peringkat umur dan jantina.

Stress yang bermula dari tekanan hidup yang berpanjangan menyebabkan reaksi otak dan perasaan menjadi salah tafsir dengan keadaan sekeliling. Orang yang mengalami tekanan jenis ini akan mentafsirkan apa sahaja maklumat yang diterimanya sebagai negative. Ini menyebabkan gangguan tidur (sleep disorder) atau penurunan berat badan yang ketara dan jika berterusan lagi, mampu menyebabkan masalah pada kulit yang sukar disembuhkan.

Tanda-tanda penyakit dapat dikesan melalui :

· Iris

· Alis

· Pupil

· Suara

Cara merawat stress ini adalah dengan memberikan pesakit deep sleeping.

Jenis Ubatan HPA

Cara Pengambilan (bil, Kapsul)

Mengkudu

2 pagi dan 2 malam

Deep cleansing

2 pagi dan 2 malam

Omega 3

2 pagi dan 2 malam

Puraria

1 pagi dan 1 malam

Roselle

2 pagi dan 2 thari

PENYAKIT 4 SERANGKAI

Terdapat 4 jenis penyakit yang dikenali sebagai 4 serangkai :

1. Kencing Manis

Dikenali juga sebagai Diabetes merupakan sejenis penyakit metabolic di mana ianya dicirikan kegagalan badan menghasilkan insulin yang mencukupi ataupun dalam keadaan tertentu, sel-sel tidak bertindak balas sewajarnya terhadap insulin yang di hasilkan.

Tanda –tanda dapat dilihat :

· Sejarah keluarga

· Dahaga

· Letih

· Kerap kencing terutama waktu malam

· Jari meruncing

· Hitam di pinggir kuku

Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan herba yang bersifat pahit dan kelat.

Herba cadangan :

Jenis Ubatan HPA

Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)

Plantisol/ Vitex2

2 pagi dan 2 malam

The Herba / Teh Tropika

Sehari 3 gelas / 2 uncang

2. DARAH TINGGI

Anda boleh menghidap darah tinggi selama beberapa tahun tanpa sebarang simpton. Diam bukan bererti selamat. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis masalah kesihatan yang serius termasuklah serangan jantung dan stroke.

Tanda-tanda dapat dilihat:

· Tahap kolestrol tinggi (ruas hujung jari)

· Iris

· Perasaan cepat marah

· Warna tapak tangan kemerahan

· Hujung lidah berwarna merah

Cara rawatan yang boleh diberikan adalah dengan menggunakan vitex yang bertindak menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, pesakit juga memerlukan herba yang dapat mencairkan darah.

Herba Cadangan :

JENIS UBATAN HPA

CARA PENGAMBILAN (BIL,KAPSUL)

Vitex

2 pagi dan 2 malam

Omega 3 softgel

2 pagi dan 2 malam

The Herba /The Tropika

Sehari 3 gelas/ 3 uncang (pagi,thari,maalm)

3. Jantung

Serangan pada jantung terjadi apabila terdapat pembentukkan plak pada dinding pembuluh darah (arteri) yang menyebabkan darah tidak dapat di pam dengan sempurna ke jantung dan ke otak.(umpama karat dalam paip besi)

Tanda-tanda dapat dilihat :

· Jari tengah bengkok

· Kolestrol tinggi (dilihat pada lidah & jari)

· Pembuluh darah bawah lidah

· Denyutan nadi

Cara rawatan yang dicadangkan adalah dengan menggunakan herba yang beraroma dan meruap seperti minyak sari yang terdapat dalam pokok teja yang dapat membuka ruang arteri dan menguatkan otot jantung.

Herba Cadangan :

Jenis Ubatan HPA

CARA PENGAMBILAN (BIL,KAPSUL)

Herba Tuju Angin

3 pagi, 3 thari dan 3 malam

Omega 3 softgel

3 pagi, 3 thari dan 3 malam

4. Penyakit Buah Pinggang

Kegagalan buah pinggang akut ialah kehilangan keupayaan ginjal secara mengejut dalam membuang lebihan cairan dan bahan buangan keluar dari badan. Kegagalan buah pinggang berfungsi mengakibatkan darah menjadi kotor dan berlakunya keracunan seluruh tubuh.

Tanda- tanda yang dapat dilihat :

· Bawah mata

· Ruas jari pertama

· Letih

· Mengantuk

Cara rawatan yang dicadangkan adalah dengan beberapa jenis herba yang meruap kerana ia dapat memperbaiki buah pinggang.

Herba Cadangan :

Jenis Ubatan HPA

Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)

Malac

2 pagi,2 thari dan 2 malam

Teh Herba / The Tropika

Sehari 3 gelas/ 3 uncang (pagi,thari,malam)

PENYAKIT KETIDAKSEIMBANGAN HORMON (HORMON IMBALANCE)

Antara penyakit yang dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormone adalah :

· PMS (sindrom Pra Haid)

· Masalah darah haid

· Kemurungan (stress)

· Mood terganggu

· Pra monopous

· Monopous/ Andropos (berkaitan system reproduksi)

Penyakit- penyakit di atas mempunyai hubungan dengan estrogen iaitu hormone wanita. Kaedah untuk menghilangkan masalah ini ialah dengan menggunakan fitoestrogen yang diambil dari tumbuhan. Apabila mengambil herba yang mempunyai kandungan estrogen, didapati dalam kebanyakan kes, keadaan pesakit bertambah baik. Terdapat dua keadaan yang perlu difahami iaitu :

Rawatan bagi pesakit dalam keadaan panas dan keadaan sejuk.

Tanda-tanda yang dapat dilihat :

· Warna Tapak Tangan

· Suara

· Tapak Tangan (sejuk atau panas)

· Pusingan Haid

· Kulit

Herba Cadangan :

JENIS UBATAN HPA

CARA PENGAMBILAN (BIL,KAPSUL)

Masalah sejuk :

Paramaria Plus

2 pagi, dan 2 malam

Omega 3

2 Pagi, dan 2 malam

Spirumadu

1 sudu pagi dan 1 sudu malam

Minyak Zaitun

3 sudu pagi dan 3 sudu malam

EQ minda (bagi lelaki yang hilang ransangan seks)

1 sudu pagi dan 1 sudu malam

Masalah panas :

Shark cartilage

2 pagi, dan 2 malam

icus

3 pagi, 3 thari dan 3 malam

Malac

2 pagi, 2 thari dan 2 malam

KECEDERAAN DALAMAN

Biasanya kecederaan dalaman disebabkan oleh :

· Hentakan

· Trauma

· Pembedahan

· Kemalangan

Bagi mengelakkan berlakunya jangkitan (infeksi) pada tempat luka, maka beberapa jenis herba yang bersifat antibiotic boleh digunakan. Penggunaan ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya peradangan (inflamasi) yang mengeluarkan nanah yang mengambil masa untuk sembuh.

Herba Cadangan :

Jenis Ubatan HPA

Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)

Consonium

2 pagi dan 2 malam

Radix

2 pagi dan 2 malam

The Herba

*Boleh dilakukan sinergi dari ketiga-tiga herba di atas untuk kegunaan luar adalah dengan menyapukan minyak but-but pada tempat luka termasuk luka terbakar.

KETUMBUHAN

Jenis ketumbuhan yang biasa terjadi adalah :

· Kanser

· Fibroid

· Tumor

· Cyst

Peranan herba dalam merawat ketumbuhan adalah untuk mengecutkan sel-sel yang menyebabkan ketumbuhan.

Herba Cadangan :

Jenis Ubatan HPA

Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)

Shark Cartilage

2 pagi, 2 thari dan 2 malam

Omega 3 softgel

2 pagi,2 thari dan 2 malam

Teh Herba

1 hari 3 uncang

Radix

2 pagi, 2 thari dan 2 malam

Minyak Zaitun

3 pagi, 3 thari dan 3 malam

Fisalin B ( ubat periuk)

Ditambah 1.5 liter air dan direbus hingga separuh larutan herba. Minum 5 kali sehari, setengah cawan

PENGURUSAN BERAT BADAN

Masalah berat badan (overweight) adalah dari beberapa sebab :

· Tekanan (stress)

· Fatty liver (lemah hati)

· Makanan

· Gaya Hidup

· Kurang Riadah

· Tiroid

Herba Cadangan :

Jenis Ubatan HPA

Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)

Kopi Radix (disebabkan oleh fatty liver)

5 cawan sehari

Stoma K (mengandungi HCA yang membakar lemak dan menurunkan selera makan)

2 pagi, 2 thari dan 2 malam

Teh Herba /Teh tropika

3 Uncang, 3 kali minum

Spirulina/ Paramaria (untuk yang obes serta terlalu kurus)

2 pagi, 2 thari dan 2 malam

ALAHAN/ ALERGI

Alahan merupakan satu tidak balas fisiologikal yang terjadi bilamana system imunisasi tersalah tafsir terhadap sebarang bahan yang TIDAK merbahaya sebagai MERBAHAYA dan mengancam tubuh.

Tiga jenis alergi :

· Sinusitis / resdung

· Athma

· Lactose intolerance (alah pada susu)

Herba Cadangan :

Jenis Ubatan HPA

Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)

Cosinium + madu (dicampur dalam segelas air mineral)

1 kapsul + 1 sudu madu

Morinda /Mengkudu + madu

2 pagi ,2 thari dan 2 malam

PENYAKIT JANGKITAN

Ilmu jangkitan mentafsirkan penyakit jangkitan sebagai :

“penyakit yang disebabkan oleh virus, bacteria,parasit, kulat dan mikroorganisma yang lain. Ianya disebarkan secara terus melalui orang/haiwan yang dijangkiti atau dari makanan/minuman yang tercemar atau dari serangga seperti nyamuk dan lalat atau persekitaran yang tercemar.”

Herba yang mempunyai aktiviti anti virus juga bertindak sebagai anti bacteria

Jenis Ubatan HPA

Cara Pengambilan (Bil, Kapsul)

Spirulina

Madu Lebah

Roselle

Minyak But-but

Omega 3

Teh Herba/ teh Tropika

KOPI RADIX

Penyakit yang disebabkan oleh virus :

· Hepatitis

· Malaria

· Taifoid

· Flu

· SARS

· Selsema

Penyakit yang disebabkan oleh bacteria :

· Sakit tekak

· UTI (Urinary Track Infection)

Bagi wanita yang terkena penyakit UTI (jangkitan saluran kencing),mereka akan mudah diserang penyakit enemia dan tekanan darah tinggi.

Penyakit kulit (dermatisis)

a. Jerawat

Biasanya jerawat dapat dihilangkan dengan herba yang bersifat anti endrogen tetapi rawatan menjadi lebih berkesan jika usus di bersihkan dengan herba Pelawas dan the asiatika.

b. Bisol

Penggunaan herba yang bersifat antibiotic

Penutup :

Kita sebenarnya baru sahaja menghabiskan sebahagian kecil perbincangan tentang perubatan heba dan masih banyak lagi perlu kita ketahui serta pelajari…


No comments:

Post a Comment