Sunday, February 14, 2010

Tuntutan Masa & Kezuhudan



Firman Allah s.w.t. dalam surah Az- Zumar ayat 18, maksudnya :

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna."


ذكر في كتاب قصص الصالحين في سمير المتقين وانيس الصالحين,ان رجلا سأل الأمام حسن البصري: ما سر زهدك في الدنيا يا امام؟

Disebutkan di dalam kitab himpunan kisah-kisah orang soleh, ada seorang lelaki bertanya kepada Imam Hasan Al Basri Rahimahullah Taala; apakah rahsia kezuhudan kamu di dunia ini wahai Imam?

Jawab Imam Hasan Al Basri :

1) علمت ان رزقي لا يأخذه غير فاطمأن به قلبي

(aku tahu bahawa rezeki aku tidak akan di ambil oleh orang lain,maka tenanglah hatiku)

2) علمت ان عملي لا يقوم به غير فاشتغلت به وحدي

(aku tahu bahawa amalanku tidak dapat dibuat oleh orang lain, maka aku buatnya sendiri)

3) علمت ان الله مطلع عليا فاستحييت ان يراني في معصية

(aku tahu bahawa Allah sedang memerhatiku,maka aku malu untuk melakukan maksiat)

4) علمت ان الموت ينتظرني فأعد ت الذات اللقاء ربي

(aku tahu bahawa mati menungguku,maka aku melakukan persediaan untuk bertemu dengan Allah)

Saudaraku,ingatlah pesanan Saidina Ali karramallahu wajhah :

اذا عاش الفتى ستين عاما,فنصف العمر تمحقه الليالي

(apabila seorang fikir untuk hidup selama 60 tahun,ssghnya separuh hidupnya untuk tidur malamnya)

ونصف النصف يذهب ليس يدري لغفلته يمينا من شماله

(separuh lagi berlalu begitu sahaja tanpa disedarinya)

وثلث النصف امال وحرص وشغل بالمكاسب والعيال

(sepertiga daripadanya baru memikirkan untuk mencari persiapan)

وباقي العمر ازكام وشيب وشغل وحزن بالأنتقال وارتحال

(baki umurnya,mulalah dia sedih untuk meninggalkan dunia)

فحب المرء طول العمر جهل وقسمته على هذا المثال

(orang yang berangan hidup lama sebenarnya jahil,ku datangkan misalan ini bagi memberi kesedaran bahawa umur umat ini tidak lama )

Peringatan ini perlu di ambil perhatian oleh umat ini agar kita berlumba melakukan amal ibadah yang sahih dan istiqamah.

Ku akhiri dengan Firman Allah s.w.t dalam surah Af- Fussilat pada ayat ke 30,maksudnya :

"Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu."

Ar-Raji Ila ‘Afwi Rabbihi,

Ahmad Zakir Bin Mohd Amin (PISMP P. Agama)

No comments:

Post a Comment