Tuesday, April 13, 2010

Menilai Semula Tarikh Maulid Nabi


Isikandungan penting: Tarikh Maulid Nabi s.a.w. yang popular yang digunapakai oleh kebanyakan umat Islam 12 Rabiul Awwal. Sedangkan pendapat terkuat ialah 9 Rabiul Awwal. Tarikh 12 Rabiul Awwal adalah bersumber dari Syiah. Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini.

Menilai Semula Tarikh Kelahiran & Kewafatan Nabi s.a.w.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata
’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.
Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida
’ah).

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa
’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.” Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas.

Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam
“Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:

· Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H

· Dalam bulan Rabiul Awwal

· Antara 1hb. Hingga 12hb.

· Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)

· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada
’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).

· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul
‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:
1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.

2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.

Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Jumlah hari bagi bulan Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) 1 8 15
Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) 1 8 15
Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) 1 8 15
Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) 7 14 21
Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) 7 14 21
Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) 7 14 21

Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis.

Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua
’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

Artikel dari Darul Kautsar

Thursday, March 25, 2010

JIHAD DAN KEUTAMAAN








أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ .

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ .

Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

( At-taubah 19-20 )

Dalam menghuraikan ayat ini saya mengingatkan ikhwan-ikhwan yang tercinta dengan apa yang dikatakan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah: “Sesugguhnya syaitan ingin mengalahkan seseorang hamba dengan salah satu daripada tujuh rintangan; yang ke enam adalah: rintangan dengan beramal dengan amalan yang kurang utama. Syaitan memerintahkan untuk melakukannya dan menjadikannya bagus di matanya serta menghiasi amalan tersebut untuknya, dan dia memperlihatkan pelbagai keutamaan dan keuntungan yang ada pada amalan tersebut, supaya hamba tadi menyibukkan diri dengannya daripada amalan yang lebih utama darinya, dan yang lebih besar pendapatan dan keuntungannya. Ini kerana syaitan tidak mampu untuk menghalanginya dari mendapatkan pahala secara keseluruhan, maka dia bertekad untuk menghalanginya daripada mendapatkan keutamaan yang sempurna dan darjat yang tinggi. lalu dia menyibukkan hamba tadi dengan sesuatu yang kurang utama daripada amalan-amalan yang lebih utama, dan dengan amalan yang kurang besar daripada amalan yang lebih besar, dengan amalan yang dicintai oleh Allah daripada amalan yang sangat dicintai oleh Allah, serta dengan amalan yang diredoi oleh Allah daripada amalan yang sangat diredoi oleh Allah.”[1]

Ayat ini jelas menerangkan kelebihan jihad di jalan Allah Swt, lebih besar bagi orang yang beriman daripada memakmurkan masjid Allah. Didalam kitab An-Nihayah Wal Khulasah Imam Al-Syahid Abdullah Azzam, menukilkan apa yang dikatakan oleh ‘Abdullah Ibnul Mubaarok. Suatu ketika beliau mengirimkan surat kepada Al Fudoil bin ‘Iyaadl yang berada di dua Masjidil Haram, yang berbunyi :

يَاعَابِدَ الْحَرَمَيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَا

لَعَلِمْتَ أَنَّكَ بِالْعِبَادَةِ تَلْعَبُ

مَنْ كآَنَ يَخْضِبُ خَدَّهُ بِدُمُوعِهِ

فَنُحُورُنَا بِدِمَائِنَا تَتَخَضَّبُ

Wahai orang yang beribadah di dua masjid haram, seandainya engkau melihat kami …

Tentu engkau akan tahu bahwa engkau beribadah itu hanya bermain-main …

Kalau orang pipinya berlinangan air mata …

Maka sesungguhnya leher kami berlumuran dengan darah …

Itulah pendapat seorang ahli faqih, hadith, mujtahid dan mujahid Abdullah Ibnul Mubarak terhadap mereka yang tidak duduk di masjidil haram yang pada masa yang sama umat Islam diperlekeh dan dihina. Darah mereka tersimbah ke bumi disebabkan kekejaman musuh agama.

Abdullah Bin Azzam berpendapat “…. itu adalah bermain- main dengan Diin (Agama) Allah ….. “.




[1] Madarijus Salikin I / 255.



Monday, March 22, 2010

BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM



Bekerja dengan majikan bukan Islam dibolehkan, sila lihat kepada Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Al-Salih ibn 'Utsaimin dari buku Majmu' fatwanya :


ننصح هذا الأخ الذي يعمل مع الكفار أن يطلب عملاً ليس فيه أحد من أعداء الله ورسوله ممن يدينون بغير الإسلام ، فإن تيسر : فهذا هو الذي ينبغي ، وإن لم يتيسر فلا حرج عليه لأنه في عمله وهم في علمهم ، ولكن بشرط أن لا يكون في قلبه مودة لهم ومحبة وموالاة ، وأن يلتزم ما جاء به الشرع فيما يتعلق بالسلام عليهم ورد السلام ونحو ذلك ، وكذلك أيضاً لا يشيّع جنائزهم ، ولا يحضرها ، ولا يشهد أعيادهم ، ولا يهنئهم بها.


"Kami menasihat saudara-saudara yang bekerja dengan orang-orang kafir untuk mencari kerja dimana tiada musuh-musuh Allah dan Rasulnya, yang menganut agama selain dari Islam. Jika ianya boleh dilakukan, maka itulah cara yang perlu dilakukan. Jika ia tidak dapat dilakukan, maka tiadalah dosa keatasnya kerana kamu melakukan kerja kamu, dan mereka melakukan kerja mereka masing-masing, TETAPI terdapat syarat yang perlu dipatuhi. Tiada ada apa perasaan sayang atau persahabatan didalam hati-hatinya, dan dia perlu mentaati segala ajaran syariah, baik dari segi mengucapkan tanhiah kepada mereka dan juga mengembalikan ucapan salam, dan seterusnya. Dan juga ia harus tidak menghadiri majlis pengkebumian, pesta/perayaan, atau mengucap tahniah kepada majlis-majlis perayaan."[1]

Jelas menunjukkan bahawa pada dasarnya, tidaklah salah bekerja dengan orang kafir, cuma orang Islam perlu menjaga syariat-syariat Islam yang telah ditetapkan. Kita dilarang meniru-niru cara dan adat mereka selain dari kerja yang dilakukan. Ini berdasarkan bahawa syarikat orang kafir ini tidak langsung memusuhi orang-orang Islam.

1. Sheikh Ibn ‘Utsaimin. Majmu’ Fataawa- 3/39, 40. Dar Al-Watan, 2000.

Sumber : Al-Ahkam.net

Yang Bulat Tak Datang Bergolek,Yang Pipih Tak Datang Melayang








“bagaimana para sahabat dan solafus soleh berjuang memiliki ilmu hingga ke titisan darah terakhir.”


Al- Naisaburi

Membaca Sahih Muslim sebanyak 100 kali.


Ibn Sina

Membaca buku al-Farabi 40 kali, dan ada ulama yang membaca kitab al-Mughni sebanyak 10kali

Selepas seluruh bukunya terbakar, Ibn Hazm mulai menulis semula daripada hafalannya.


Qatadah

Menghafal buku seberat muatan keldai.

“terdapat dua cara kita menyebarkan cahaya, menjadi lilin atau cermin yang memancarkannya ke segenap sudut. Jadilah seperti cermin…”


Al-Sya’bi berkata,

“Aku tidak pernah menuliskan tinta hitam ke atas kertas putih tentang sesuatu ilmu kecuali aku menghafalnya terlebih dahulu.”


Sufyan Al-Tsauri

Berdiri lama untuk solat sampai ke pagi.


Ibn Mubarak

Dan salah seorang ulama mengulang hadis sambil berdiri sehingga terbit fajar.


Muhammad Al-Amin Al-Syinqithi

Meneliti satu permasalahan selama sehari semalam.

“singa muncul dalam jiwa orang yang BERANI!!!”


Yahya Bin Ma’in

Menulis lafaz “Sallallahualaihiwasallam” sebanyak sejuta kali dan menulis setiap hadis sebanyak 50 kali.


Al-Sya’bi berkata,

“Yang paling sedikit aku hafal ialah syair, jika kamu mahu, maka aku akan bacakan kepada kamu syair-syair itu selama sebulan penuh.”


Sesiapa yang bersegera mencari ilmu seperti :

· Terbangnya burung gagak pada waktu pagi.

· Sabarnya sang keldai.

· Tekadnya singa menerkam mangsa.

· Helah serigala yang memperdaya mangsanya.

Natijahnya mereka mendapatkan ilmu yang banyak lagi bermanfaat.


Jalan dakwah itu penuh ranjau duri. Di jalan itulah :

· Nabi Nuh a.s. meratap.

· Nabi Yahya a.s. disembelih

· Sayidina Umar dibunuh.

· Darah Sayidina Uthman tertumpah.

· Sayidina Ali disergap.

· Belakang para imam disebat.


Ibn Duraid

Menyalin kitab al-Jamharah sebanyak empat kali.


Imam Bukhari

Meneliti kitab sahihnya selama 16 tahun. Setiap hadis yang ditulisnya dimulakan dengan mandi dan solat sunat dua rakaat.

“Hebatnya sarang lebah bermula dengan setitis madu dan usaha yang berterusan. Sanggupkah anda mengumpul ilmu seperti lebah mengumpul madu dan memberi manfaat yang banyak kepada manusia?”


Ahmad Bin Hanbal

Menjadikan dirinya sebagai orang suruhan demi mencari ilmu.


Abu Hanifah

Menjual sebahagian perabot rumahnya demi mencari ilmu.

“jadilah orang yang sentiasa dahagakan ilmu.”


Sufyan Al-Tsauri

Sanggup berlapar selama tiga hari demi mencari hadis.


Imam Nawawi

Selalu belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

PASTIKAN RAKIT TIDAK BOCOR, SEMANGAT TIDAK LEBUR.


Al-Syaukani

Menghadap 12 pelajaran setiap hari.


Nabi Idris A.S.

Bekerja sebagai tukang jahit.


Nabi Daud A.S.

Bekerja sebagai tukang besi.


Nabi Musa A.S.

Bekerja sebagai penggembala.


Ibn Musayyib

Pernah menjual minyak.


Abu Hanifah

Menjual kain.

Di hujung perjalanan orang yang berilmu ialah KEJAYAAN

Jadikan setiap minit suatu keajaiban dan setiap hari suatu kehebatan


Khatib Al-Baghdadi

Membaca buku sambil berjalan.


Umar Bin Abdul Aziz berkata,

“Sungguh aku memiliki jiwa yang merindu.Jiwa yang merindui kepemimpinan, maka aku mendapatkannya; merindui khalifah, maka aku meraihnya; dan sekarang jiwa itu merindui syurga.”


Abu Manshur Al-Tsa’alibi

Bekerja menjahit kulit kijang, bagaimanapun cita-citanya tinggi sehingga beliau menjadi penyair dunia.


Al-Farra’

Bekerja sebagai tukang kulit, bagaimanapun beliau menjadi orang yang pakar dalam bidang nahu.


Ibn Zayyat

Pernah menjual minyak, bagaimanapun beliau akhirnya menjadi menteri.

“CABAR diri anda menjadi seorang yang HEBAT”

Ilmu itu dihafal dengan mengamalkannya, mengajarkannya dan menulisnya. Sesiapa yang menghafal, mengulang, mempelajari ilmu tersebut, ia akan bersemi dalam hatinya.

Orang yang berjaya mesti memiliki kekuatan pengamatan, memberi sepenuh konsentrasi, menjaga waktu, selalu menghayati dan memiliki wawasann yang jauh ke hadapan.


Halangan-Halangan Kejayaan :

· Hawa nafsu yang dituruti nafsu amarah.

· Dunia yang menyilaukan.

· Cita-cita yang beku.

· Panjang angan-angan.

· Menunda-nunda pekerjaan.