Monday, March 22, 2010

Yang Bulat Tak Datang Bergolek,Yang Pipih Tak Datang Melayang








“bagaimana para sahabat dan solafus soleh berjuang memiliki ilmu hingga ke titisan darah terakhir.”


Al- Naisaburi

Membaca Sahih Muslim sebanyak 100 kali.


Ibn Sina

Membaca buku al-Farabi 40 kali, dan ada ulama yang membaca kitab al-Mughni sebanyak 10kali

Selepas seluruh bukunya terbakar, Ibn Hazm mulai menulis semula daripada hafalannya.


Qatadah

Menghafal buku seberat muatan keldai.

“terdapat dua cara kita menyebarkan cahaya, menjadi lilin atau cermin yang memancarkannya ke segenap sudut. Jadilah seperti cermin…”


Al-Sya’bi berkata,

“Aku tidak pernah menuliskan tinta hitam ke atas kertas putih tentang sesuatu ilmu kecuali aku menghafalnya terlebih dahulu.”


Sufyan Al-Tsauri

Berdiri lama untuk solat sampai ke pagi.


Ibn Mubarak

Dan salah seorang ulama mengulang hadis sambil berdiri sehingga terbit fajar.


Muhammad Al-Amin Al-Syinqithi

Meneliti satu permasalahan selama sehari semalam.

“singa muncul dalam jiwa orang yang BERANI!!!”


Yahya Bin Ma’in

Menulis lafaz “Sallallahualaihiwasallam” sebanyak sejuta kali dan menulis setiap hadis sebanyak 50 kali.


Al-Sya’bi berkata,

“Yang paling sedikit aku hafal ialah syair, jika kamu mahu, maka aku akan bacakan kepada kamu syair-syair itu selama sebulan penuh.”


Sesiapa yang bersegera mencari ilmu seperti :

· Terbangnya burung gagak pada waktu pagi.

· Sabarnya sang keldai.

· Tekadnya singa menerkam mangsa.

· Helah serigala yang memperdaya mangsanya.

Natijahnya mereka mendapatkan ilmu yang banyak lagi bermanfaat.


Jalan dakwah itu penuh ranjau duri. Di jalan itulah :

· Nabi Nuh a.s. meratap.

· Nabi Yahya a.s. disembelih

· Sayidina Umar dibunuh.

· Darah Sayidina Uthman tertumpah.

· Sayidina Ali disergap.

· Belakang para imam disebat.


Ibn Duraid

Menyalin kitab al-Jamharah sebanyak empat kali.


Imam Bukhari

Meneliti kitab sahihnya selama 16 tahun. Setiap hadis yang ditulisnya dimulakan dengan mandi dan solat sunat dua rakaat.

“Hebatnya sarang lebah bermula dengan setitis madu dan usaha yang berterusan. Sanggupkah anda mengumpul ilmu seperti lebah mengumpul madu dan memberi manfaat yang banyak kepada manusia?”


Ahmad Bin Hanbal

Menjadikan dirinya sebagai orang suruhan demi mencari ilmu.


Abu Hanifah

Menjual sebahagian perabot rumahnya demi mencari ilmu.

“jadilah orang yang sentiasa dahagakan ilmu.”


Sufyan Al-Tsauri

Sanggup berlapar selama tiga hari demi mencari hadis.


Imam Nawawi

Selalu belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

PASTIKAN RAKIT TIDAK BOCOR, SEMANGAT TIDAK LEBUR.


Al-Syaukani

Menghadap 12 pelajaran setiap hari.


Nabi Idris A.S.

Bekerja sebagai tukang jahit.


Nabi Daud A.S.

Bekerja sebagai tukang besi.


Nabi Musa A.S.

Bekerja sebagai penggembala.


Ibn Musayyib

Pernah menjual minyak.


Abu Hanifah

Menjual kain.

Di hujung perjalanan orang yang berilmu ialah KEJAYAAN

Jadikan setiap minit suatu keajaiban dan setiap hari suatu kehebatan


Khatib Al-Baghdadi

Membaca buku sambil berjalan.


Umar Bin Abdul Aziz berkata,

“Sungguh aku memiliki jiwa yang merindu.Jiwa yang merindui kepemimpinan, maka aku mendapatkannya; merindui khalifah, maka aku meraihnya; dan sekarang jiwa itu merindui syurga.”


Abu Manshur Al-Tsa’alibi

Bekerja menjahit kulit kijang, bagaimanapun cita-citanya tinggi sehingga beliau menjadi penyair dunia.


Al-Farra’

Bekerja sebagai tukang kulit, bagaimanapun beliau menjadi orang yang pakar dalam bidang nahu.


Ibn Zayyat

Pernah menjual minyak, bagaimanapun beliau akhirnya menjadi menteri.

“CABAR diri anda menjadi seorang yang HEBAT”

Ilmu itu dihafal dengan mengamalkannya, mengajarkannya dan menulisnya. Sesiapa yang menghafal, mengulang, mempelajari ilmu tersebut, ia akan bersemi dalam hatinya.

Orang yang berjaya mesti memiliki kekuatan pengamatan, memberi sepenuh konsentrasi, menjaga waktu, selalu menghayati dan memiliki wawasann yang jauh ke hadapan.


Halangan-Halangan Kejayaan :

· Hawa nafsu yang dituruti nafsu amarah.

· Dunia yang menyilaukan.

· Cita-cita yang beku.

· Panjang angan-angan.

· Menunda-nunda pekerjaan.



No comments:

Post a Comment